Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang

Assalammualaikum w.b.t

Masakan Padang Halal Di Bali | Jika korang ke Indonesia pasti masakan padang merupakan salah satu menu wajib rasa tau. Di Bali hari itu Mrsyanie dapat juga merasai masakan padang yang asli dan mempunyai resepi yang istimewa. Mrsyanie ikutkan bukan pengemar masakan padang sebab ada masakan yang bukan ditekak orang Malaysia. Tapi..

Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang
Restoran Natrabu Minang

Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang

Masakan padang mempunyai satu kelaianan dari masakan Indonesia yang lain. Masakan yang Mrsyanie pernah dengar selain masakan padang adalah masakan Jawa. Restoran masakan padang adalah salah satu jenis restoran yang mudah ditemui di suluruh kota Indonesia. Masakan Padang halal di Bali Restoran Natrabu Minang merupakan restoran yang sangat terkenal dikalangan peminat masakan padang. Masakan padang ini didominasikan dengan masakan pedas (berada) dari daerah Sumatera Barat.

Apa yang membuatkan Mrsyanie tertarik dengan masakan padang adalah sambal hijau nya. Ianya menjadi satu menu wajib dalam menu lengkap masakan padang. Mrsyanie ada tanyakan kepada pak supir kami tentang cara pembuatan dan ramuan yang digunakan bagi sambal hijau ini. Katanya sambal hijau ini aalah cili hijau besar yang direbus dengan herba-herba terpilih kemudin akan ditumbuh kasar. Cili yang ditumbuk kasar tadi ditumis sehingga pecah minyak. Rasanya tak berapa pedas dan campuran herba yang digunakan membuka selera Mrsyanie.

Selain dari sambal, antara yang menjadi pilihan adalah begedel daging sebagai pelengkap menu masakan padang. Banyak lagi menu menarik seperti telur rebus sambal, rendang ayam, satay padang, dendeng balado, ayam goreng padang dan sebagainya.

See also  Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna
Restoran Natrabu Minang
Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang
Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang
Pilihan masakan padang

Restoran Natrabu Minang, Bali Indonesia

Restoran ini menjadi pilihan pengunjung bukan sahaja tempatan malah menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Bali. Kalau korang nak tahu restoran ini juga pernah dikunjungi oleh orang besar negara kita iaitu Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Siap ada gambar lagi dipaparkan di restoran Natrabu Minang ini. Mrsyanie bukan lah orang besar negara tapi datang juga makan sini sebab katanya masakan padang disini sangat sedap haha..

Mrsyanie walaupun pertama kali datang merasai masakan padang sini, memang sangat teruja bukan sahaja dari segi menunya. Malah dekorasi yang disusun juga sangat menarik dengan kehadiran mini pelamin yang berada dalam restoran. Rasa nak je duduk atas kerusi tu dengan Mrlaling, nak imbas kembali kenangan atas pelamin waktu bersanding (Mrsyanie segan a.k.a pemalu hihi).

Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang
Ruang makan Restoran Natrabu Minang
Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang
Susun atur yang menarik di Bali Restoran Natrabu Minang

Restoran ini berhawa dingin dan sangat selesa dengan kebersihan yang terjaga. Masa operasi yang dijalankan adalah bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Jika korang inginkan menu yang banyak dengan pelbagai pilihan perlu datang awal kerana ianya menjadi buruan pengunjung yang inginkan rasa masakan padang asli dari Indonesia.

Harga pula bergantung kepada menu yang korang ambil dan bagi kami hari itu makan untuk 3 orang beserta air bernilai Rp 179,300. Tapi ini sewaktu matawang kita belum jatuh sangat seperti sekarang. Bagi Mrsyanie kita melancong sesuatu tempat bukan selalu jadi tak salah kita mencuba makanan yang sedap dan berbaloi dengan harganya.

 

 

Untuk maklumat lanjut:

Restoran Natrabu Minang

Alamat: Jl. By Pass Ngurah Rai No. 163, Sanur, Denpasar Sel., Kota Denpasar, Bali 80228, Indonesia

No tel: +62 361 286824

See also  Best Digital Drawing Tablet in Malaysia

 

Boleh jugak klik entry dibawah:
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*