[Hotel Review] XCape Resort Sungai Lembing Pahang Berikan Kelainan

Assalammualaikum w.b.t

Trip Sungai Lembing XCape Part 5 | Ramai yang tak tahu bahawa Sungai Lembing juga mempunyai salah satu pusat perlancongan extreme di Malaysia yang wajib korang datang. Untung rasanya dapat jejakkan kaki ke salah sebuah resort yang mempunyai lokasi yang sangat damai dan aktiviti yang penuh padat disediakan. Mana lagi jika bukan XCape Resort Sungai Lembing Pahang yang menjadi pilihan kembara Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
XCape Resort Sungai Lembing Pahang Berikan Kelainan

XCape Resort Sungai Lembing Pahang

Perjalanan ke resort ini lebih kurang 30 minit dari Pekan Sungai Lembing. Nak datang kesini korang perlu menaiki kereta 4wd kerana struktur jalan yang bertanah merah dan mencabar. Jangan risau pihak resort yang akan menyediakan pengangkutan kepada setiap pelanggan mereka dari Pekan Sungai Lembing ke Resort. Dalam perjalanan kami ke resort pun dah rasa extreme tau dengan meredah sungai kecil, lopak besar dan macam-macam. Memang satu pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Sungai Sungai Lembing Pahang

Penginapan XCape Resort

XCape Resort mempunyai 13 resort dimana setiap resort boleh memuatkan seramai 4 orang dan disediakan kemudahan lengkap beserta bilik air (tandas) didalam. Kemudahan yang disediakan seperti peti sejuk mini, hairdryer, aircond dan dalam bilik air disediakan water heater mandian lagi tau. Kemudahan lain diluar chalet juag disediakan seperti Hammock, cafeteria, meeting hall dan sebagainya.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Chalet XCape Resort Sungai Lembing Pahang
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Kemudahan XCape Resort Sungai Lembing Pahang

Suasana dan kedamaian sekeliling cukup mendamaikan dan paling best disini tidak disediakan wifi. Line telefon pun kejap ada kejap tak ada. Ha best? yelah selalu kita dikelilingi dengan internet dan alam maya tapi apa kata sekali sekala kita merehatkan diri dari dunia alam maya ini untuk merehatkan minda. Selanjutnya korang boleh baca SINI.

See also  Misi Tambah Susu

Lokasi Menarik Untuk Team-building Dan Extreme Games

Selesai kami menerokai keunikkan Pekan Sungai Lembing, kini kami dibawa untuk meneruskan aktiviti extreme yang disediakan oleh pihak resort. Kenapa pilih XCape Resort? Ini kerana resort akan mengaturkan setiap aktiviti dan menguruskan segalanya untuk program kami. Jadi kami datang dengan fikiran yang bebas tanpa memikirkan aktiviti yang perlu kami rancang. Mrsyanie sangat syorkan kepada semua organisasi yang ingin membuat team-building atau mencari keunikkan dalam acara hari keluarga datang ke XCape Resort.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di XCape Resort :

  • Obstacle course

Hari pertama kami di resort kami dibawa untuk menjalankan aktiviti obstacle course yang direka khas oleh pihak resort. Ianya sesuai untuk aktiviti teambuilding dan jarak panjang obstacle course yang disediakan sepanjang 1.5km. Obstacle course yang disediakan mempunyai 2 peringkat iaitu beginner (asas) dan adventure (extreme).

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Obstacle course XCape Resort
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Antara Obstacle course yang disediakan
  • Aktiviti Sungai

Yeah!! Aktiviti sungai pulak, lepas menguji dan menempuhi acara halangan. Tiba aktiviti riadah yang sangat dinanti-nantikan. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak resort seperti stand up paddler, kayak, feeding fish dan menariknya ada slide jump yang disediakan. Kiranya ala-ala taman tema air gitu, menarik sangat. Untuk keselamatan pula jangan risau pihak resort menyediakan life jacket dan wajib dipakai oleh pengunjung yang ingin bermain aktiviti sungai. Setiap acara akan diberikan penerangan untuk keselamatan dan cara penggunakan yang betul oleh pihak resort.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Aktiviti sungai di XCape Resort
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Stand up paddler XCape Resort
  • BBQ Dinner

Malam setelah kepenatan bermain air, acara untuk riadah malam pula. Tak sah kalau tiada BBQ tau, ini paling best hahaha.. Bab makan semuanya best kan tambahan pula layan makan sambil dikelilingi kedamaian suasana malam dalam hutan. Tenang sangat rasanya dan waktu inilah kami bersama berborak mengenali lebih rapat antara ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.

See also  Corus Paradise Port Dickson
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
BBQ Dinner
  • Waterfall Trail Trekking

Hari kedua pula kami dibawa menjalani aktiviti diluar resort. Trekking yang kami jalani tidak selasak atau extreme mana, kiranya easy trekking tapi ianya memakan masa sehingga 40 minit bergantung kepada keupayaan diri masing-masing. Seronok tau dapat mengeluarkan peluh dan paling best bila kita berjaya lakukan dengan baik trekking sampai ke puncak. Digalakkan korang pakai kasut yang sesuai kerana ada lokasi batu-batuan yang licin tambahan pula sewaktu kami trekking baru lepas hujan. Ingat tak jadi dah nak trekking tapi nasib baik waktu nak trekking tu hujan berhenti tau.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Waterfall Trail Trekking
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Second point Waterfall Trail Trekking
  • Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi)

Ini acara paling kemuncak iaitu bermandi-mandi dan menikmati keindahan Air Terjun Pelangi yang terletak lebih kurang 10 km daripada XCape Resort Sungai Lembing Pahang. Kami perlu menaiki kereta 4wd hampir 50 minit dari resort kemudian perlu trekking menyusuri keindahan hutan dan sungai untuk sampai ke Air Terjun Pelangi.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi)
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Teruja dengan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi)
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Bersama Blogger Ben Ashaari. Terima kasih bagi peluang join kembara ini, rugi siapa yang tak ikut tau..

Sampai sahaja ke kawasan air terjun hanya mampu menyebut ”Subhanallah” betapa besar dan indah ciptaan dari Tuhan. Cantik sangat tapi terpikir juga mana datangnya nama pelangi? Bila kami lihat dipermukaan air terdpaat cahaya pelangi. Wah makin teruja kami tau, mungkin disebabkan permukaan struktur air terjun bila terkena cahaya matahari menghasilkan warna pelangi. Korang memang wajib datang merasainya sendiri betapa cantiknya tempat di Malaysia ini.

XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Keseronokkan di Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi)
XCape Resort Sungai Lembing Pahang
Dah rasa nak berphotoshoot lagi hihi

Selain dari itu XCape Resort juga menyediakan aktiviti seperti Panorama Hill, flying fox, All-terrain vehicle (ATV), Paint-ball shooting dan sebagainya. Disini korang juga boleh adakan acara sukaneka melibatkan sungai mahupun tidak. Puas hati sangat dengan layanan dan aktiviti yang dirancangkan untuk kami sepanjang berada di Sungai Lembing.

See also  Melaka, Muzium Kapal Selam

img_1783-1

Sekali lagi terima kasih pihak XCape Resort kerana memberikan satu pengalaman yang sangat indah dan tidak dapat dilupakan.

 

Untuk maklumat lanjut:

XCape Resort Sungai Lembing

No Telefon: (Ms. Fied Jeffri) +60195249999 / +60134243333
Email : fied@xcape.com.my
Website : www.xcape.com.my

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Sumber gambar : Afiq, Ayue, Shehan dan diri sendiri  ehh hihi..

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*