Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru

Assalammualaikum w.b.t

Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 3 | Antara penerbangan yang Mrsyanie pernah naik adalah MAS, KLM, Garuda dan semestinya AirAsia kerana sentiasa menawarkan penerbangan yang murah. Itu je yang mampu buat masa sekarang hihih.. Tapi kali ini Mrsyanie dapat merasa sesuatu pengalaman yang baru dimana penerbangan Mrsyanie ke Bali baru-baru ini terbang bersama Malindo Air. Apa yang menarik tentang Malindo Air ni?

Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru
Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru

Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru

Malindo Air sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Petaling Jaya. Ia adalah kerjasama diantara National Aerospace & Defense Industries (NADI), Malaysia dengan Lion Air, Indonesia. Nama “Malindo” berasal daripada nama negara masing masing: Malaysia dan Indonesia. Jika korang naik Malindo Air ianya lebih kepada konsep Batik. Termasuklah pakaian yang dipergayakan oleh pramugari penerbangan.

Malindo Air
Bersama Pramugari Malindo Air

Bukan main seronok lagi Mrlaling ye dapat bergambar dengan pramugari yang cantik lagi mesra. Tapi diorang sangat sporting dan peramah. Terima kasih ye sudi bergambar dengan kami. hihi.. Ermm membuak dalam hati nak slim badan macam diorang haha.. aisey kena mula senaman lah ni huhu.. Kali ini Malindo Air sesuatu pengalaman yang baru bagi Mrsyanie dengan perkhidmatan yang disediakan.

Kemudahan yang disediakan oleh Malindo Air:

  • Luggage percuma 30kg setiap tiket

Malindo Air menyediakan perkhidmatan luggage percuma sebanyak 30kg tau, banyak tu beg kami berdua pun tak sampai 20kg. Sampai sahaja KLIA Mrsyanie terus ke kaunter pertanyaan Malindo Air, sangat ramah dan mesra pekerja kaunter. Ok boleh dah check in luggage ini, kami terus beratur di kaunter E khas untuk Malindo Air.

See also  Bajet Keseluruhan Travel Ke Bali Indonesia
Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru
Luggage percuma 30kg setiap tiket

Kaunter check in akan buka seawal 3 jam sebelum penerbangan jadi sebaiknya korang datang awal untuk daftar masuk. Tak ada lah kelang kabut dan terkejar-kejar, lagipun lebih baik korang rancang setiap perjalanan supaya lebih teratur dan tidak terlepas kapalterbang hihi.. Pekerja kaunter akan daftar masuk untuk korang dan akan memaklumkan pintu penerbangan mana tapi mesti diingatkan korang kena juga lihat flight notice board yang disediakan di KLIA untuk melihat pintu penerbangan yang sebenar. Macam Mrsyanie hari itu ada perubahan pintu masuk, nasib baik kami semak semula di flight notice board.

Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru

  • Ruang penerbangan yang lebih luas

Sementara menunggu korang boleh lihat pemandangan kawasan penerbangan diruang menunggu, boleh tengok pekerja Malindo Air tengah penyelenggaraan untuk penerbangan. Teringin nak belajar tentang kapalterbang tau, sesuatu yang mencabar yelah kena check dengan betul kerana ianya membawa nyawa orang kan.

Ruang tempat duduknya pun luas tau, selesa lah walaupun ianya sediakan untuk 3 penumpang satu baris (sebelah). Keluasan setiap tempat duduk adalah 32” bagi kelas ekonomi dan 42″ untuk kelas perniagaan. Keluasan yang agak selesa dan korang nak bergerak pun mudah.

Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru
Setup Flight Malindo Air
Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru
Ruang kerusi yang lebih luas
  • In-Flight Entertainment

Menarik di Malindo Air juga adalah In-Flight Entertainment yang disediakan bagi setiap penumpang. Antara yang disediakan ialah tayangan movie, muzik, permainan dan sebagainya. Juga korang boleh charger telefon tau tapi pastikan korang off atau mode flight ye. Ikut arahan tau untuk keselamatan bersama. Untuk movie dan muzik yang disediakan mempunyai kategori tau contoh movie ada movie dari filem Inggeris, Tamil, Hindustan dan sebagainya.

Mrsyanie mula itu layan lah cerita kartun panda, best juga sebab nak tidur tak boleh masih awal. Sewaktu balik ke Malaysia pula, mulanya layan cerita Cina best gak, tajuknya Mrsyanie lupa dah..haha Untuk earphone pula Mrsyanie memang dah bawa siap-siap tapi korang juga boleh mintak dengan Pramugari tapi waktu penerbangan balik Pramugari itu sendiri yang pelawa earphone kepada penumpang.

See also  Peluang Latihan dan Pekerjaan Bersama iREHAB
Malindo Air Sesuatu Pengalaman Yang Baru
In-Flight Entertainment
  • Bantal Kecil Untuk Semua Penumpang

Ini paling Mrsyanie suka sebab ada bantal, yeahh leh tidur dengan lena. Comel je bantalnya dan selesa tau, rasa nak bawa balik je banyak-banyak hahaha.. Tapi boleh ke bawa balik?? haha

img20161003171120

  • Makanan yang disediakan

Yeah siap ada makanan tau disediakan, boleh lah korang makan sambil tonton movie. Fuh memang sangat selesa dan rasa mewah lah hihi.. Mula diorang akan berikan biskut dan air mineral sebagai alas perut, kemudian baru diorang berikan meal utama. Sajian utama pula korang boleh pilih, selalunya ada 2 pilihan menu. Macam Mrsyanie ambil Nasi Goreng Sayur dan balik pula Nasi Briyani Ayam. Panas-panas lagi makan yang diorang berikan. Air juga ada beberapa pilihan samada korang nak air yang tidak bergas atau yang bergas.

img-20161003-wa0030-horz

Ada juga beberapa kemudahan lain yang disediakan oleh Malindo Air seperti wifi dalam kapalterbang (mengikut penerbangan), perubatan, dan bantuan lain seperti wheelchair. Korang boleh lihat sendiri video yang disediakan oleh Malindo Air dibawah.

Malindo Air sesuatu pengalaman yang baru memberikan satu kepuasan hati dengan penerbangan yang selesa. Best juga dapat merasai pelbagai jenis penerbangan dan Mrsyanie teringin pulak nak mencuba penerbangan lain. Bagi Mrsyanie setiap syarikat penerbangan mempunyai kelebihan dan keunikkan masing-masing. Untuk Malindo Air Mrsyanie berikan 5 star setiap perkhidmatan yang diberikan. Yang penting kita sampai dengan selamat dan berada dalam keadaan selesa. Korang pun boleh rasainya, tiket Malindo Air tidak terlalu mahal kerana seimbang dengan perkhdimatan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut:

Malindo Air

Website: www.malindoair.com

Facebook: Malindoairmalaysia

Instagram: Malindoair

 

 

Boleh jugak klik entry dibawah:
See also  Nasi Lemak segera SALEES FOOD

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*