[Hotel Review] Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts

Assalammualaikum w.b.t

Hari Malaysia Penuh Kemeriahan | Sempana hari Malaysia yang lepas Mrsyanie dengan keluarga berkesempatan untuk sambut kemeriahan di Tadom Hill Resort. Mrsyanie yakin mesti ramai yang dah tahu tentang Tadom Hill Resort kan. Antara lokasi penginapan bersuasanakan perkampungan orang asli yang terletak di bandar. Program yang diberi nama Uniquely Malaysia bertujuan untuk menerapkan tentang keunikkan Malaysia kepada semua pengunjung dan sempena menyambut hari yang penuh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Kemeriahan ini bukan sahaja disambut oleh rakayat Malaysia malah turut disambut oleh para pelancong yang hadir.

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts

Sambutan Hari Malaysia Di Tadom Hill Resort Meriah

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Tadom Hill Resorts, Hari Malaysia 2016

Malaysia sangat unik dengan pelbagai bilang kaum dan budaya yang ada, tak kira lah samada di negeri mana pun pasti ada keunikkan yang tersendiri. Begitu juga di Tadom Hill Resort yang mempunyai keunikkan berbeza dari resort lain kerana konsep yang disediakan lebih kepada penggunaan Buloh atau nama lainnya, Bamboo dan perkampungan orang Asli. Belum pernah lagi Mrsyanie jumpa mana-mana resort yang menyediakan sepenuhnya penggunaan Buloh sebagai struktur bangunan dan resortnya.  Keunikkan Tadom Hill yang pernah menjadi viral adalah keunikkan bermandi di tasik dengan konsep perkampungan. Tiada banana boat dan tiada jet ski tau. yeah tiada pencemaran air dengan minyak-minyak hihi

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Rakit dan Kerusi Bamboo menjadi tarikan
Tadom Hill Resort
Tarikan Mandi Di Tasik

Mandi di Tasik? ha inilah kelebihan yang ada di Tadom Hill Resort. Jangan risau disini keselamatan amat diutamakan terutamanya mereka akan memastikan kebersihan tasik terlebih dahulu. Menurut pemilik  Tadom Hill Resort, tasik disini mempunyai aliran air keluar bersilih ganti. Jadi tidak perlu risau akan kebersihannya. Adik dan Mrlaling sakan betul mandi tau.

Mrsyanie suka dengan konsep permainan air yang disediakan. Disediakan rakit, kerusi bamboo dan paling best korang boleh main terjun ke dalam tasik. weee.. Disediakan satu platform untuk pengunjung bermain terjun kedalam air samada korang nak terjun terus atau terjun secara bergayut. Menarik kan, mana nak jumpa permainan zaman dulu-dulu ni. Mengibau semula kenangan Mrsyanie sewaktu kecil bermain air sungai di kampung, dulu sungai bersih dan budak-budak jenis berani. Main terjun sungai lah tak risau akan keselamatan pun tapi sekarang sukar dah nak tengok anak-anak kecil mandi disungai seperti zaman dulu. Jadi di Tadom Hill masih mengekalkan permainan air seperti zaman dulu-dulu. Korang patut bawa anak-anak bercuti disini tau, lihat sendiri keseronokkan bermain air tanpa game moden.

See also  Happy Weekend at Farm In The City, Kuala Lumpur

Life jacket juga disediakan dan diwajibkan kepada semua pengunjung yang ingin bermandi dan bermain air disini. Ini untuk keselamatan bagi setiap pengunjung dan mereka juga mempunyai penjaga yang bertauliah (alah ala-ala yang jaga tepi pantai tu lupa plak namanya) hihi. Mereka akan memastikan keselamatan dan memantau supaya tiada yang beraksi diluar kawalan.

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Life jacket keselamatan disediakan secara percuma

Mrsyanie beruntung sangat dapat merasai sendiri aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Hari Malaysia Di Tadom Hill Resort, meriah dan penuh dengan keunikkan. Korang pernah tak menari Tarian Sewang? Ha ini adalah salah satu tarikan yang ada di Tadom Hill sempena Hari Malaysia yang lepas. Dengan konsep yang diberikan nama Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts membuatkan Mrsyanie dan pengunjung tidak sabar untuk merasainya bersama.

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts

Konsep pun dah memberikan seribu satu alasan yang terujakan Mrsyanie untuk datang ke sini sempena Hari Malaysia. Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts memulakan aktiviti pada jam 2.00 petang tetapi dibuka seawal 10.00 pagi untuk para pengunjung hadir memeriahkan suasana. Mrsyanie sampai lebih kurang jam 2.30 petang kerana pagi itu ada beberapa hal yang perlu diselesaikan. Tadom Hill tak pernah kecewaa kan dengan kunjungan dari para pengunjung tau, memang ramai dan happening sangat. Dari tempat parking dah dengan kemeriahan dan keseronokkan pengunjung yang sibuk bermandi dan bermain. Tempat parking tak perlu risau memang luas dan terjaga.

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Pass Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts

Aktiviti yang disediakan unik kerana ianya dari pelbagai jenis kaum. Antara aktiviti yang disediakan sempena Hari Malaysia 2016 yang lepas iaitu:

  • Tarian Bambu
Hari Malaysia 2016 Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Tariam Bamboo, Hari Malaysia 2016
  • Sumpit
Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Sumpit Belon Acara Santai, Hari Malaysia 2016
  • Anyaman

Mrsyanei teringin nak anyam macam diorang buat tapi haih tangan tak ada seni langsung. Tapi Orang Asli disini memang sempoi, diorang akan ajar kita sehingga boleh. Tangan tak ada seni tak leh buat apa dah, jadi kita pinjam jelah diorang nye crown/headbeand yang dah siap tu hihi.. Pastu jangan lupa bergambar.

Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Anyaman, Hari Malaysia 2016
  • Bamboo Bowling

Permainan ini menarik walaupun agak ringkas tetapi susah tau nak jatuhkan semua pin bamboo tu. Jenuh sampai buah kelapa yang Mrsyanie baling tu retak haha.. Semangat nak baling bagi semua jatuh hihi… Jarak tak jauh pun tapi haih susah betul tapi itu yang menyeronokkan, sambil main sambil gelak. hihi

Hari Malaysia 2016 Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Bamboo bowling dengan menggunakan bauh kelapa
  • Chapteh

Korang mesti ada yang tak tahu apa itu Chapteh kan? Mrsyanie ni mula ingat buat teh ke apa ke haha.. Tapi zaman kan dah moden, google je apa itu Chapteh. Chapteh merupakan sejenis permainan yang nama lainnya adalah sepak Ayam. Cara permainannya seperti sepak takraw tetapi ianya bukan secara berlawan tetepi bermain mengimbangkan Chapteh tersebut supuya tidak jatuh. Sekiranya ia terjatuh di atas tanah, ianya dikira kalah. Seronok tengok diorang main, Mrsyanie tak main ke? hahah jawabnya mau kena ”rabat” dengan Mrlaling..hihihi

See also  RMHC Malaysia Anjur Kejohanan Golf Amal 2023 Raih RM500,000
Hari Malaysia 2016 Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Permainan Chapteh
  • Henna Tattoo

Kalau namanya wanita tak sah lah kalu tak layan inai kan, atau nama lainnya henna. Ingat nak buat dua belah inai tapi sebab ramai dah tunggu, jadi cukuplah sebelah tangan je. Kami antara orang yang terawal tau datang buat inai ni, excited sangat katakan hihi.. Henna atau inai ini sebenarnya adalah dari tradisi kaum India, tetapi telah diguna pakai oleh pelbagai kaum terutamanya pada majlis Perkahwinan.

Hari Malaysia 2016 Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Henna Tattoo
  • Teh Sendiri Tarik

Hari Malaysia 2016 Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Teh Sendiri Tarik
  • Chinese Lanterns
Hari Malaysia 2016 Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Chinese Lanterns
  • Tarian Sewang

Ini merupakan salah satu tarian yang menjadi tarian rasmi bagi kaum Orang Asli. Menarik tarian ini kerana keunikkan dari segi nyanyian dan tarian yang penuh tenaga tetapi santai. Mrsyanie tak sempat nak menari sebab saya kan pemalu ehh hihi.. Tapi adik dan rakan Mrsyanie sempatlah turut serta menarik sakan bersama pengunjung yang hadir. Acara ini diadakan pada waktu malam selepas kami makan malam.

  • Fruits Galore & Dinner
Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts
Fruits Galore & Dinner

Malaysia sebuah negara yang sebenarnya tak lepas dari gelaran syurga makanan, ianya diberikan oleh setiap pelancong yang datang ke Malaysia. Mau tak nya, kita pagi pun dah mula dengan makanan seperti Nasi Lemak, Roti Canai.. Iu baru sarapan belum untuk menu seterusnya. Tapi Mrsyanie bersyukur kita masih lagi boleh menikmati hidangan dengan penuh aman dan tiada gangguan.

Begitu jua dengan Tadom Hill Resort turut menyediakan pelbagai jenis juadah yang sukar untuk kita temui di kedai biasa. Antaranya Nasi Lemak Bamboo yang dimasak didalam Bamboo yang diimport dari Indonesia bagi memberi satu kepuasan kepada pengunjung. Memang sedap dan terliur rasa bila teringat balik kesedapan dan bau wangi nasi yang dikukus didalam Bamboo.

Selain itu, makanan tradisi orang Asli juga diperkenalkan disini. Seperti Jantung Pisang Hutan Masak Lemak, Ayam Masak dalam Buluh dan sebagainya. Ubi rebus, keledek rebus antara menu yang jarang korang jumpa tetapi di Tadom Hill Resort mudah untuk korang mencubanya. Dulu Mak Mrsyanei suka buat ubi rebus makan dengan kelapa campur sedikit gula dan garam, sedapnya tak terkata tau. Mak kata itulah makanan mak sewaktu kecil dan menjadi makanan utama sewaktu perang dengan komunis. Ada juga yang makan dengan ikan masin atau sambal belacan.

See also  Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel

img-20160916-wa0019

Penginapan Tadom Hill Resort

 

img-20160917-wa0055

Mencari kedamaian suasana kampung ettapi masih di bandar? Ha disini lah lokasi yang korang kena datang sendiri rasainya. Mrsyanei dah merasai seharian penuh dengan aktiviti di Tadom Hill Resort, tunggu pulak mana tahu Mrsyanie akan menginap disitu. Yelah disini bukan sahaja korang boleh jalankan aktiviti tetapi korang boleh menginap bermalam di Tadom Hill Resort. Ada pelbagai jenis penginapan yang disediakan tetapi konsepnya turut berbeza.  Penginapan yang disediakan adalah Bamboo Hut (per pax), Hammock Spheres (per pax), Lakeside Tents (per unit), Garden Tents (per unit), dan Gendui Chalets. Mrsyanie tak berkesempatan lagi untuk menginap disini tapi mungkin akan datang Mrsyanei akan menginap disini pula Mrsyanie akan kongsikan dengan korang pengalamannya ok.

Harga Tadom Hill Resort

Bagi harga pula ianya bergantung kepada setiap event tetapi bagi pass untuk korang datang seharian pun disediakan. tetapi jika korang berminat untuk menginap disini harga bagi stau malam tidak mahal, ianya bermula dari RM60 semalam sahaja termasuk sarapan pagi. Jadi apa lagi plan percutian indah korang dengan kos yang bajet. Untuk korang dapatkan harga lebih lanjut boleh hubungi Tadom Hill Resort atau layari: Booking Tadom Hill Resort.

Mrsyanie stay sehingga habis aktiviti pada waktu malam, acara terakhir adalah Tarian Sewang. Memang seronok tengok bila adik dan kawan Mrsyanie asyik betul menarik bersama orang Asli dalam tarian yang diberi nama tarian jodoh. Nasib baik Mrlaling tak menari sama tarian cari jodoh tu tau hihih… Seronok sangat dapat beriadah dan hilangkan rasa tekanan, tak perlu pergi jauh-jauh kerana di Banting pun ada lokasi menarik untuk percutian yang tenang dan damai. Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts memberikan satu kelainan dalam sambutan Hari Malaysia 2016 yang lepas.

Untuk maklumat lanjut:

Tadom Hill Resort

Alamat: KAMPUNG ORANG ASLI, BUKIT TADOM,

42700 BANTING, SELANGOR.

(GPS: 2.8104925,101.6264641)

No Tel: 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883

Email: info@tadomhillresorts.com

Facebook: Tadom Hill Resort

Boleh jugak klik entry dibawah:

Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

16 Comments

  1. murah juga rupanya .. takla mahal mana. best tu hidup jauh dari banda. tenang wooo.. tapii lisa takut air tu .. huhu pantai boleh la .. tapi kalau tasik ni tak berani . trauma lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*