Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang | Taman Laut

Assalammualaikum w.b.t

Pulau Tioman Pahang Part 3 | Setelah rehatkan diri sesudah sampai ke Pulau Tioman, kita teruskan misi bermain air..yeahh dah sampai pulau memang tak sah aktiviti air adalah utama, semua berkaitan air laut je ni hihi.. Cover balik sebab waktu trip ke Sabah dulu tak pergi pun pulau. Pada mulanya ada 2 plan aktiviti yang nak dilakukan, tapi disebabkan masa yang pendek. Kami perlu pilih aktiviti yang betul-betul memuaskan tetapi masih dalam keadaan bajet. Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang kali ini mengisahkan lokasi menarik untuk diterokai oleh pengunjung di Pulau Tioman khususnya yang menginap di kampung Tekek.

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Akhirnya kami pilih aktiviti untuk bersnorkeling dan bermain air pantai di Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang yang terletak di hujung Kampung Tekek sahaja. Korang boleh je nak jimat sewa motor dengan harga RM50 sehari tapi sebab mulanya kami tak tahu lokasi Taman Laut tu. Kami ambil keputusan naik kereta 4wd dengan bayaran RM50 untuk kami 7 orang pergi dan balik. Jangan lupa sewa life jackets dan goggle bagi yang tak pandai nak berenang macam Mrsyanie ni hihi.. Bayaran sewa adalah RM10/set tapi ini sewa dengan pihak homestay. Disana juga menyediakan perkhdimatan sewa tetapi harga lebih sedikit.

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Life jacket & goggle

Aktiviti yang Mrsyanie dan kengkawan tak jadi itu adalah pergi melawat Kampung Juara. Di Kampung Juara terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh buat antaranya melawat lokasi Penjagaan Penyu dan pusing sekeliling kampung. Untuk ke kampung Juara korang kena naik kereta 4wd dengan bayaran yang dikenakan adalah RM200 bagi satu kereta.

See also  Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang Part 1
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Diatas Pelampung di Taman Laut

 

Taman Laut, Pulau Tioman

Taman Laut ini terdapat juga sebuah Pusat Informasi Taman Laut. Jadi korang bolehlah adakan 2 aktiviti dalam satu lokasi. Tetapi nasib kami kurang baik kerana sewaktu kami sampai muzium itu ditutup seketika untuk proses penyelenggaraan dan ubahsuai. Disini kkorang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Pulau Tioman, juga disediakan kemudahan asas seperti tandas, tempat rehat, tempat bbq dan sebagainya.

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Pantai Taman Laut sangat cantik, disini korang boleh lihat pelbagai jenis ikan yang bersaiz besar. Juga disediakan pelampung untuk para pelancong berehat dan boleh menikmati pemandangan laut yang indah. Kami sampai waktu tu lebih kurang jam 3.00 petang, cuaca agak terik kepanasan sedikit. tetapi tidak jejaskan keseronokkan kami untuk bermain air hihi.. Sampai ke petang layan snorkeling di Taman Laut tau, best sangat. Boleh lah training gunakan life jackets dan goggle sebelum hari sebenar untuk snorkeling yang lebih kedalaman parasnya.

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Dasar laut di Taman Laut, Pulau Tioman
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Keseronokkan bersnorkeling
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Hidupan laut di Taman Laut
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Taman Laut Pulau Tioman Pahang
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Pemandangan diatas pelampung Taman Laut

Aktiviti Malam Hari Pertama

Bagi aktiviti malam pada hari pertama, kami adakan aktiviti yang ringkas di rumah iaitu masak-masak..hihi.. Kami kan menginap di homestay, disini disediakan kemudahan untuk kita memasak. Nama pun percutian bajet jadi malam itu untuk memudahkan kami masak nasi goreng. Keperluan basah semua kami beli di kedai runcit yang tak jauh dari homestay, nasi nak cepat kami beli nasi siap masak di restoran hadapan Impian Mini Market (kedai runcit tadi).

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Impian Mini Market Kampung Tekek, Pulau Tioman

Bajet barang basah kami beli lebih kurang RM50, antara keperluan yang dibeli seperti garam, gula, perisa, teh uncang, telur, mentega, roti, nasi siap masak, bawang, cili api, dan beberapa kotak biskut hihi Bekalan untuk esok untuk ke snorkeling trip. Kang lapar mana nak cari kedai tengah laut hihi..

See also  Aktiviti Malam Di Melaka Yang Santai

Restoran Liza Tioman Seafood Menjadi Pilihan

Lepas dah kenyangkan perut di homestay, kami ambil peluang untuk bersiar-siar menaiki motor untuk keliling kampung. Kami sewa motor untuk 1jam yang berharga RM15/motor. Memang segar je kedamaian laut pada waktu malam dengan diterangi oleh cahaya bulan.

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Restoran Liza Tioman Seafood

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Sotong Segar Bakar Bersambal (RM15/seekor)

Sempat jugak kami singgah makan sotong bakar bersambal di restoran yang tidak jauh dari homestay. Perut memang kenyang tapi nak juga merasainya, dah sampai pulau rugi pulak tak rasa seafood segar. Penjualan seafood segar di pulau mengikut harga pasaran pulau. Seafood segar korang boleh pilih, macam Mrsyanie ambil Sotong dengan harga RM15/seekor dan dimasak secara bakar dengan diletakkan sambal. Kalau korang nak masak menu lain dikenakan cas RM10 bagi satu jenis masakan, tapi kalau buat bakar tiada bayaran tambahan dikenakan.

Disini memang banyak kedai makan dibuka waktu malam, jadi korang tak perlu risau untuk makan malam. Boleh pilih yang segar-segar semua makanan laut tau, paling best besar-besar Ikan, Sotong, Ketam dan sebagainya. Mrsyanie sertakan bajet ringkas sepanjang perjalanan kami bermula dari Jetty Mersing sehinggan akhir entry ini. Tunggu bajet keseluruhan di hujung entry seterusnya ye.

Bajet Ringkas:

  • Penginapan homestay: RM280/malam
  • : 2malam RM560.00/ 5 orang: RM112/seorang.
  • Tiket Feri (Jetty Mersing) : RM 70.00/seorang pergi balik
  • Makan sarapan: RM5.00/ seorang
  • Pengangkutan ke Taman Laut: RM50/5 orang: RM10/seorang
  • Sewa life jackets dan goggle : RM10/ seorang
  • Makan malam (masak): RM50/5 orang: RM10/seorang
  • Sotong bakar sambal: RM15
  • Sewa Motor: RM 15/ jam bagi satu motor

Boleh jugak klik entry dibawah:

See also  Moty Hotel Melaka Sesuai Untuk Penginapan Keluarga
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*