Resepi Mee Kuah Super Pedas

Assalammualaikum w.b.t

Resepi Mee Kuah Super Pedas | Bila hari Raya Korban mesti korang terpikirkan nak masak apalah dengan daging korban yang korang dapar tu kan. Jemu dengan hidangan daging yang biasa korang masak? Apa kata korang cuma pula Resepi Mee Kuah Super Pedas yang merupakan resepi dari kakak dan abag ipar Mrsyanie. Memang sedap dan super pedas tau. Layan betul makan time berkumpul ramai-ramai hari tu sewaktu hari raya Haji, Mak pun rehat dari masuk dapur tau hihi..

Resepi Mee Kuah Super Pedas resepi kakak
Resepi Mee Kuah Super Pedas

Resepi Mee Kuah Super Pedas

Bahan-bahan Kuah bagi Resepi Mee Kuah Super Pedas:

  • Bawang merah 5@6 bji
  • Bawang putih 4@5 ulas
  • Halia 2 inci
  • Cili kering (jenis licin-pedas) – di blender dan di tapis buang bji cili (Jika tiada cili kering licin, boleh gunakan cili kering biasa tetapi ditambah dengan beberapa biji cili padi (Mrsyanie tambah dalam 10 cili padi bagi yang suka pedas boleh lebihkan)
  • Tulang Lembu yang dibasuh dengan bersih. (sedikit sahaja atau kalu tak suka tulang boleh masukkan daging lembu tapi dipotong besar sedikit supaya tidak hancur)
  • Cili Sos, Garam, Gula dan Perasa Secukup rasa.

Bahan-bahan lain, Resepi Mee Kuah Super Pedas:

  • Daging direbus (air rebusan jangan buang tau, air rebuasan daging akan dimasukan dalam penyediaan kuah)
  • Mee Kuning
  • Telur -direbus
  • Sayur Sawi – dicelor
  • Bawang goreng

Cara-cara membuat Kuah :

  1. Masukkan sedikit minyak kedalam periuk.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia (semua bahan ini diblender), tumis sehingga naik bau.
  3. Dah naik bau, masukkan Cili kering yang telah diblender tadi. Masak sehingga cili betul-betul masak /naik minyak.
  4. Masukkan air rebusan daging dan tulang/isi daging. Kecilkan api dan dibiarkan sehingga mendidih. (Jika korang nak lebih kuah boleh tambahkan sedikit air)
  5. Masukkan Sos Cili (yang ini korang kena agak-agak mengikut kuantiti kuah yang korang nak buat).
  6. Jangan lupa letakkan sedikit garam, gula dan perasa secukup rasa.
  7. Masak sehingga mendidih. Untuk kuah yang lebih pekat korang boleh masukkan 2 sudu tepung jagung campur air sedikit kedalam kuah.
See also  Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

 

Resepi Mee Kuah Super Pedas
Mee Kuah Super Pedas

 

Resepi Mee Kuah Super Pedas
Daging Rebus, Mee Kuning, Telur Rebus, Daun Bawang dan Sayur Sawi

 

Resepi Mee Kuah Super Pedas
Kuah Super Pedas

Cara Hidangan:

Korang boleh letakkan telur rebus, sayur, daun bawang sedikit, bawang goreng dan daging rebus yang dipotong kecil. Yeahh!! Siap untuk dimakan.

Mengikut kakak dan abang ipar Mrsyanie, Mee Kuah ini sedap dimakan bila kuahnya pedas. Memang kaw kaw bila makan tapi bergantung kepada ketahanan pedas korang ok. Cuba tau Resepi Mee Kuah Super Pedas daripada kakak dan abang ipar Mrsyanie ni hihi..Selamat mencuba dengan daging korban yang korang dapat.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*