Perkongsian Itinerari Trip Bajet Pulau Tioman

Assalammualaikum w.b.t

Pulau Tioman Pahang Part 5 | Part 5 adalah part terakhir bagi entry Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang selama 3 hari 2 malam secara bajet. Mrsyanie kongsikan sekali bajet sepanjang perjalanan Mrsyanie bermula dari Jetty Mersing ke Pulau Tioman dan pulang ke jetty. Harap ianya dapat membantu korang rancangan percutian singkat dan bajet ke Pulau Tioman.

Perkongsian Itinerari Trip Bajet Pulau Tioman
Perkongsian Itinerari Trip Bajet Pulau Tioman

Perkongsian Itinerari Trip Bajet Pulau Tioman

Mrsyanie mulakan dengan perkongsian aktiviti yang dijalankan:

Aktiviti Day 1 (Feri jam 7.00 pagi)

  • Bergerak ke Homestay untuk check in (RN Global Homestay).
  • Sarapan pagi (lewat dah sekali tengahari ni)
  • Petang ke Taman Laut untuk mandi pantai dan snorkeling ringkas.
  • Makan malam + ronda naik motor Kampung Tekek

Aktiviti Day 2

  • Sarapan pagi
  • Trip Snorkeling ke 7 lokasi sekitar Pulau Tioman – ini pun dah makan masa seharian.
  • Ke Kedai Cenderahati
  • Makan malam

Aktiviti Day 3 (Feri jam 5.30 pagi)

  • Seawal pagi kami kena balik kerana tiket feri pada jam 5.30 pagi.
  • Balik ke Jetty Mersing

 

Dibawah Mrsyanie sediakan bajet ringkas untuk seorang atau 2 orang. jadi korang boleh bajetkan kos yang digunakan bagi seorang untuk percutian ringkas di Pulau Tioman tetapi seronok dan menarik.

Bajet Day 1

  • Penginapan homestay: RM280/malam
  • : 2malam RM560.00/ 5 orang: RM112/seorang.
  • Tiket Feri (Jetty Mersing) : RM 70.00/seorang pergi balik
  • Makan sarapan: RM5.00/ seorang
  • Pengangkutan ke Taman Laut: RM50/5 orang: RM10/seorang
  • Sewa life jackets dan goggle : RM10/ seorang
  • Makan malam (masak): RM50/5 orang: RM10/seorang
  • Sotong bakar sambal: RM15
  • Sewa Motor: RM 15/ jam bagi satu motor

Bajet Day 2

  • Sarapan (day 2): RM8/seorang
  • Makan Tenghari (day 2): RM8/seorang
  • Pakej snorkeling : RM70/seorang dewasa
  • Makan malam: RM37/ 2 orang
  • Fridge magnet getah: RM5 /unit
See also  [Hotel Review] Mencari Ketenangan di Afamosa Resort Melaka

 

Jika ada sebarang pertanya mana yang boleh Mrsyanie akan balas untuk jawab ye. Selamat bercuti semua!! Harap dapat membantu korang untuk rancangan percutian dalam negara. Cuti-cuti Malaysia dengan slogan dekat jew!

 Boleh jugak klik entry dibawah:

Till Next Entry ye!!!

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*