Mata Bersinar Umpama Diamond

Assalammualaikum w.b.t

Kanta Lengkap Diamond Menjadi Pilihan | Siapa disini penggemar atau pengguna tegar contact lenses? Mrsyanie bermula pakai contact lenses selepas SPM, masih ingat lagi pertama kali Mrsyanie beli di Perlis. Waktu itu Mrsyanie masih dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) batch pertama sekitar tahun 2003/2004. Mrsyanie beli menggunakan duit elaun yang diberikan oleh PLKN. Hujung minggu kami boleh keluar untuk pembelian barang keperluan, kiranya macam outing asrama lah. Msryanie rasa agak payah untuk teruskan aktiviti lasak dengan menggunakan kaca mata sebab itu lah Mrsyanie terjerebak dengan pemakaian kanta lengkap.

Lacelle Diamond Daily Contact Lenses
Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb

Lama jugak Mrsyanie gunakan kanta lengkap dan sejak beberapa tahun ini mata Mrsyanie jadi kurang sihat, cepat merah dan kering. Memang tak boleh pakai lama. Mrsyanie sempat bertanya kepada pakar kepada jadi macam itu, menurut pakar antara faktornya adalah pemilihan jenis kanta lengkap yang kurang bersesuaian. Sejak itu Mrsyanie memang sangat cerewet untuk membuat pemilihan kanta lengkap. Mata ini bukan boleh dibeli dipasar, sejak itu Mrsyanie akan pilih yang terbaik untuk mata.

Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb, Cantik

Akhirnya Mrsyanie jumpa jenama kanta lengkap yang bersesuaian dengan Mrsyanie, iaitu jenama Bausch + Lomb. Bagi penggemar kanta lengkap mesti tahu dengan jenama yang terunggul dan femes ini kan. Memang serasi mata Mrsyanie dengan kanta dari Bausch + Lomb kerana material dan struktur kanta lengkap yang selesa. Terkini Bausch + Lomb  telah mengeluarkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu Lacelle Diamond Daily, kanta lekap harian berwarna. Sebelum ini mereka telah mengeluarkan produk Bausch + Lomb Lacelle Jewel yang telah mendapat sambutan hangat dari pengguna kanta lengkap.

See also  Festival Ramadan di GM Klang
Lacelle Diamond Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb
Lacelle Diamond Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb

Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch Lomb lebih menampakkan kejelitaan dengan struktur dan mencerminkan corak potongan berlian. Bila sebut berlian je mesti korang ingat wanita kan, begitu juga dengan kanta lengkap Lacelle Diamond yang bersesuaian dengan wanita moden yang dapat menyerlahkan penampilan mata dan lebih bersinar.

Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch Lomb

Lacelle Diamond Contact Lenses
Lacelle Diamond Contact Lenses Terbaru Dari Bausch Lomb
Lacelle Diamond Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb
Lacelle Diamond Contact Lenses Warna Champagne Brown

Kenapa Mrsyanie pilih daily? Ada kawan Mrsyanie iaitu blogger Najeeb mencadangkan untuk Mrsyanie guna kanta lengkap daily. Kanta lengkap daily dapat meghindari mata kita dari mudah dijangkiti kuman atau bakteria kerana ianya akan dibuang selepas penggunaan seharian. Pakai hanya untuk 1 hari 1 kanta sahaja, dah pakai leh terus buang. Tapi ada yang kata rugilah tapi mana lebih rugi jika mata yang rosak kan?? hihi Bukan kata tak tak boleh nak pakai yang bulanan punya, boleh tapi pastikan korang menjaga kebersihan kanta lengkap dan bekas untuk penyimpanan.

Lacelle Diamond Contact Lenses
Pilihan Mrsyanie Lacelle Diamond Contact Lenses

Pilihan Warna Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb

Mrsyanie nak kongsikan dengan korang, Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch Lomb terdapat 3 jenis warna yang sangat cantik. Antaranya ialah:

  • Aqua GlacierKilauan Aqua Glacier yang membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan.
  • Champagne BrownMenyalakan wajah serta merta dengan warna coklat yang mempesonakan. Memberi gaya semulajadi.
  • Pink RoseUntuk mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri. Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan.

Lacelle Diamond Color

 Contact Lenses Bausch + Lomb
Lacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch + Lomb

Mrsyanie sekarang tengah cuba warna Champagne Brown tau. Nanti nak mencuba pula warna lain. Mata Mrsyanie nampak cantik, besar dan bersinar kan. Ermm suka sangat denganLacelle Diamond Daily Contact Lenses Terbaru Dari Bausch Lomb. Dan paling best harganya tak mahal sangat dan mampu milik. Ia dijual pada harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping. Korang boleh dapatkan Lacelle Diamond Daily di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.

See also  #PROJEK100BUKU

Untuk maklumat lanjut:

Facebook: https://www.facebook.com/lacellemy/

PR for Bausch+Lomb – EverQuest: www.everquest.com.my
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*