Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga

Assalammualaikum w.b.t

Food Truck Konsep Moden | Fenomena food truck menjadi trend terkini bagi peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Sebenarnya kalau korang nak tahu food truck ini dah lama konsep perniagaannya. Korang perasan tak ada lori yang jual Pisang goreng dan kuih-kuih di tepi jalan, diorang gunakan lori atau truck. Cuma sekarang ianya menjadi satu trend buat peniaga terutamanya golongan belia. Baru-baru ini ianya semakin meluas bukan sahaja menjadi fenomena foodtruck di Kuala Lumpur sahaja, ha kali ini di Tanjung Malim pun dah ada Festival Food Truck tau.

Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga

Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga

Dah lama Mrsyanie teringin sangat nak singgah layan food truck setiap kali turun Kuala Lumpur tau. Di Kuala Lumpur yang Mrsyanie perasan ada satu di hadapan KLCC sebelahan dengan Ampang Point, ada satu lokasi food truck yang menjadi tumpuan setiap malam. Tapi tak tersinggah bila ke KL tau, jadi bila orang cerita best layan food truck haihh.. berobar-kobar pulak rasa hati kita ni awak. hihi.. Nama pun blogger food dan travel, tak sah kalu nak terjah mencari lokasi makanan yang menarik.

Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Food Truck Festival and Entrepreneurship Expo 2016

Food Truck Festival and Entrepreneurship Expo 2016

Bermula Isnin yang lepas satu Festival Food Truck dianjurkan oleh Pusat Kebolehpasaran Graduan (PKG) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung selama 3 hari. Ianya diberi nama Food Truck Festival and Entrepreneurship Expo 2016. Cukup meriah dengan penyertaan lebih 10 truck dengan kepelbagaian makanan diperkenalkan.

See also  Bajet Keseluruhan Travel Ke Bali Indonesia
FoodTruck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Truck Little Ice Cream
FoodTruck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Antara menjadi pilihan pengunjung di waktu tengahari.
FoodTruck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Keunikkan Hiasan Truck

Mrsyanie dah rasa Nasi Ayam, Coconut shake, makanan Korea (apa tah nama menunya, pelik nak menaipnya hihi), ais krim dan Kebab Cheese. Makanan ada yang sedap ditekak Mrsyanie dan ada juga yang agak kurang tapi masih boleh tahan cuma ha apa agaknya hihi. Cumanya harga yang ditawarkan agak sedikit tinggi bagi sesetengah makanan dari penjual truck. Tapi bagi Mrsyanie ianya masih boleh untuk membeli sebab gaji kan dah masuk, jika buat tengah bulan memang terbataslah pembelian Mrsyanie hihi.. Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga muda dan menu yang diorang tawarkan ada makanan Korea, Pantai Timur, Western dan sebagainya.

Dekorasi Menarik Di Food Truck Festival and Entrepreneurship Expo 2016

FoodTruck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Payung warna-warni menjadi tumpuan bergambar.

Menariknya lagi bila buat di UPSI mesti akan ada dekorasi yang menarik, tambahan kan baru lepas konvo di UPSI. Konsep dekorasi yang dibuat terus dibawa ke tapak festival, menjadikan ianya lebih meriah. Sesiapa datang mesti nak bergambar yelah cantik dan unik tau dekorasi yang diorang buat. Mrsyanie pun nak jugak bergambar dengan payung-payung warna-warni tu waktu konvo tapi ramai sangat yang sibuk bergambar hihih.. Jadi kita layan di tapak festival pulak.

Menarik Selain Dari Food Truck

FoodTruck Menjadi Trend Terkini Peniaga
Pameran dari Bomba dan Penyelamat

Bukan kata ada festival food truck je, ada juga truck/bas bergerak dari Bomba dan penyelamat, Bank Rakyat dan sebagainya. Alah teringat pulak cerita ”Abang Bomba I Love U” hihi.. Korang juga boleh dapatkan pelbagai maklumat selain dari makan dan minum sewaktu datang ke festival. Food Truck Menjadi Trend Terkini Peniaga sekarang dan kebanyakkan peniaga yang Mrsyanie nampak adalah dari golongan belia (muda). Bagus sangat kerana adanya konsep seperti ini dapat menarik lagi golongan belia untuk menceburi bidang perniagaan makanan khususnya.

See also  Rawatan Sakit Pinggang Bersama Yusmizee Naturopathic Centre
Lokasi Food Truck Di Tanjung Malim

Ok festival di lokasi UPSI berakhir tadi (rabu 28 Sept 2016) tapi korang yang berada disekitar Tanjung Malim jangan risau kerana festival akan bersambung di lokasi baru iaitu di perkarangan Sarang Art Hub di pekan Tanjung Malim. Ia akan berlangsung selama 2 hari sahaja iaitu 29 dan 30 September 2016 jadi korang jangan lepaskan peluang untuk turut serta ye. Selain itu ada juga tetamu undangan seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Sempat kita terjah situ pulak ye..hihi..

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*