Keseronokan Dan Keselamatan Pool Private

Assalammualaikum w.b.t

Selamat Untuk Anak-anak | Pool Private Dalam suka-suka kena juga tahu keselamatan jika bercuti. Ada yang bertanya tentang keselamatan untuk anak-anak jika menginap di Grand Lexis Hotel Port Dikcson, kasi Mrsyanie ceritakan sedikit sebanyak apa yang Mrsyanie perasan dari segi keselamatan. Keseronokan dan keselamatan Pool Private perlu seimbang bila korang pergi bercuti.  Walaupun belum ada anak tapi kena juga tahu keselamatan yang disediakan dalam bilik. Disini Mrsyanie kongsikan bersama beberapa tips keselamatan Pool Private di Grand Lexis Hotel dalam membantu planning percutian korang. Memang seronok dapat layan mandi kolam sepuasnya tanpa perlu berkongsi kolam dengan orang lain kan. Itulah antara kelebihan hotel ini !!

Pool Private
Pelajari Tips keselamatan Pool Private di Grand Lexis Hotel

Tips Keselamatan Pool Private di Grand Lexis Hotel

Walaupun Mrsyanie belum ada anak tetapi Mrsyanie sempat juga usha selamat tak jika keluarga yang mempunyai anak kecil untuk menginap di Grand Lexis ini. Tips keselamatan Pool Private di Grand Lexis Hotel Mrsyanie lihat dari segi beberapa keselamatan yang disediakan oleh pihak hotel. Insya-Allah dari segi keselamatan ke kolam selamat kerana ada pintu yang disediakan kunci (selak). Walaupun dalam bilik tetapi pihak hotel menyediakan pintu berselak (kunci) untuk masuk ke kolam (kiranya nak excess ke pool ada pintu). Menariknya setiap pintu disediakan selak dan diletakkan dibahagian atas. Tetapi korang kena jugak lah pantau, kang ingat dah kunci pandai pulak anak-anak buka jenuh jugak kan. Cuma mereka telah berikan langkah keselamatan tapi ingat juga peranan orang dewasa untuk menjaga.

IMG-20160807-WA0026

Grand Lexis

Kolam ini terletak betul-betul dalam bilik dan ianya terbuka tau atas (boleh lihat langit) sekiranya hujan boleh je nak mandi tetapi risiko adalah tanggungjawab masing-masing. Jika ada guruh ke seeloknya tak payah mandi dulu, tunggu reda hujan ye. Mereka juga menyediakan pelampung keselamatan dan setiap risiko dan keselamatan adalah tanggungjawab pengunjung ketika berada dalam bilik.

See also  Surya Apple Cider Vinegar (ACV) Meningkatkan Tenaga Dan Penghadaman

Tiada bumbung

Setiap pintu yang disediakan
Setiap pintu yang disediakan
Kunci yang ditelakkan dibahagian atas
Kunci yang ditelakkan dibahagian atas
Pelampung Keselamatan
Pelampung Keselamatan

Mandi Waktu Malam

Mrsyaie dengan Mrlaling sempat jugak lah mandi kolam waktu malam. Yelah bukan ada orang nak halang sebab dalam bilik sendiri kot. Seronok juga tapi tak boleh lama, sejuk tau lagipun kurang bagus jika lama sangat mandi waktu malam. Dapat juga lah tenangkan fikiran mandi waktu malam dengan melihat keindahan langit dengan bintang yang tinggi diatas. Terasa kedilnya diri untuk mencapai bintang, ehh melalut pulak. hihi..

Untitled

Maaf lah ye gambar Mrsyanie tak ada, kita ganti gambar Mrlaling mandi waktu malam je ye. Diorang juga sediakan lampu tak adalah gelab untuk mandi malam. Sekali lagi Mrsyanie ingatkan apa-apa keselamatan adalah tanggungjawab sendiri tau, pihak hotel tidak bertangungjawab. Jadi pastikan korang sentiasa menjaga keselamatan anak-anak ketika bercuti di Grand Lexis Hotel Port Dikcson atau mana-mana hotel yang mempunyai pool private. Seronok tu memang tak terkatalah kan tapi pastikan keselamatan dahulu.

Nota: Perlu diingatkan bahawa paras ketinggian air kolam adalah 4 FT/Kaki.

Untuk maklumat lanjut:

Website Lexis: http://www.lexis.my/

Website Grand Lexis Port Dickson: http://www.grandlexispd.com/

Boleh jugak klik entry dibawah:
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 Comments

  1. bika ada peivate pool sendiri memang seronok berendam memalam kerana air mlm suam2 dah syiok wooo.. teringat lagi masa di Penang.. kam berendam suami isteri sampai kecut.. hahahaha… pastu bila naik perut lapo.. nasib ada tapau kuew teaw..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*