Sajian 3 Buah Negara di Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Assalammualaikum w.b.t

Sajian 3 Buah Negara | Siapa yang suka makanan masakan Indonesia? Chinese? atau masakan Thai? Mungkin lebih dikenali dengan masakan Asia dengan pelbagai variasi sajian. Sekarang korang dah tak perlu pergi jauh-jauh untuk dapatkan rasa masakan dari ketiga-tiga masakan tu. Yelah jenuh korang teringin nak rasa masakan Indonesia kena pulak terbang ke negara sana kan. Korang hanya perlu datang ke Cyberjaya untuk menikmati pelbagai hidangan dari 3 jenis masakan ini dan paling untungnya korang boleh rasa ketiga-tiganya di satu restoran yang diberi nama Campur Campur Kitchen. Teruja nak kongsikan dengan korang sebab  semua menu yang disajikan memang kena dengan tekak Mrsyanie tau. hihi.. Dan menjadi keunikkan di restoran ini adalah bekas air yang dihidangkan adalah berbentuk MENTOL!

IMG20160717114101
Lemonade Blue dan Icy Green

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Keistemewaan utama disini adalah gabungan dari 3 buah negara dalam menu makanan asli dan disajikan dalam satu restoran. Ianya terletak di dalam Dpulze Shopping Center Cyberjaya, mudah sahaja korang boleh waze kan lokasi pusat membeli belah ini. Mungkin ramai yang tertanya ada apa kat Cyberjaya? Sekarang ini Cyberjaya dah tak macam dulu, pesat pembangunannya dan untuk datang ke sini juga mudah dengan adanya highway Putrajaya Cyberjaya. Dekorasi yang disediakan lebih kepada hiasan klasik seperti dulang dan sebagainya dan ruang restoran juga luas sesuai untuk kunjungan dari bilangan ahli keluarga yang ramai (luas tau kalu nak buat sambutaan apa-apa kat sini pun boleh).

CAMERA
Campur Campur Kitchen
CAMERA
Campur Campur Kitchen

Sajian 3 Buah Negara

Mrsyanie kongsikan bersama antara juadah yang sempat Mrsyanie rasa sendiri keenakkannya. Mrsyanie syorkan korang datang sendiri rasanya dan paling best disini juga menyediakan set lunch yang berbaloi dengan harganya dalam belasan ringgit sahaja. Hidangan setnya disediakan dalam bentuk bento lengkap dengan lauk yang boleh dibuat pilihan.

See also  FOOD: SAUDAGAQ SUP JUNIOR
IMG20160717115142
Bento: Petai shrimp
IMG20160717115159
Petai shrimp

13639926_10209464230660416_2076618343_o

13663389_10209464232260456_256324243_o

Terdapat pelbagai pilihan bukan sahaja Udang Masak Petai malah terdapat juga Ayam Bakar, Ikan (Flying Fish) dan Ayam Butter. Semua yang disajikan memang sedap dan menarik sangat pilih ikan yang digoreng dengan sempurna dan dibentukkan seperti bersayap, itu lah sebabnya nama yang diberi Fish Flying. hihi

IMG20160717113355
Tom yam fried rice
IMG20160717113926
Bangkok jezz crab meat fried rice
Indo nasi goreng with rempah chicken
Indo nasi goreng with rempah chicken
Best Seller: Campur belacan chicken fried rice
Best Seller: Campur belacan chicken fried rice
IMG20160717113704
Indo mee goreng with seafood
IMG20160717113210
Chicken Wing 3 Rasa RM12.90
IMG20160717113853
Curry Fishball RM8.9013839866_10209464789434385_1262809463_o

Tengoklah atas meja kami itu, banyak tau dan tak tau mana satu nak dimakannya. hihi

Sajian Sampingan

Bukan sahaja makanan yang utama tetapi juga menyediakan makanan sampingan untuk santapan para pelanggan. Pelbgaai juadah yag disediakan antaranya Chicken Wing with Salt and Chili RM12.90, Chicken Boxing RM12.90 dan korang juga mencuba hidangan sampinagn berasaskan roti, French Toast with Honey RM6.90.  Paling rsyanie suka untuk sampinagan adalah Ayam Goreng yang diberi nama Chicken Boxing. Ianya dipanggil boxing kerana dihujungnya dibalut serta bahagian yang digunakan menampakan seperti tangan boxing. Sedap dimakan begitu sahaja nyum nyum..

IMG20160717113320
Chicken Boxing RM12.90
IMG20160717113404
French Toast with Honey RM6.90
IMG20160717114933
Lemonade Blue dan Icy Green, Tea in Hong Kong Style, Coffee in Hongkong Style, Tea in thai style

Korang kena cuba sendiri makan disini tau dan lagi menarik bila hindangan air nya juga istimewa dengan bekas bentuk Mentol dan Kole. Sebelum itu korang tengok sendiri video dibawah betapa seronoknya Mrsyanie bersama rakan blogger lain menikmati sajian 3 Buah Negara di Campur Campur Kitchen Cyberjaya. Tak sabar nak datang semula untuk menikmatinya tau.

13838319_10209464799994649_214254174_o

Untuk maklumat lanjut:

Campur-Campur Kitchen

Alamat: Lot UG 18, Upper Ground Floor, DPulze Shopping Centre,

Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

No Tel: 03-8322 4848

Facebook : Campur Campur Kitchen

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*