Petua Untuk Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma

Petua Untuk Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma | Dalam usaha untuk dapatkan zuriat, Mrsyanie tak pernah berputus asa tapi masih belum rezeki. Yang terkini Mrsyanie amalkan petua minum susu kambing yang dikatakan banyak khasiat dalam membantu mendapatkan zuriat. Insya-Allah kita  ikhtiar hamil mana tahu rezeki Mrsyanie dan korang yang masih belum ada zuriat.

Petua Untuk Hamil
Susu Kambing Tanur

Susu Kambing Dan Kurma

Mrsyanie dah lama sebenar tahu petua susu kambing ni tetapi yang ini Mrsyanie dapat tahu dari seorang kawan yang kongsikan satu video dari seorang ustaz. Bagi yang nak dengar sendiri rakaman video dari  Ustaz Hanafiah Abdul Malik korang boleh klik sini.

https://www.youtube.com/watch?v=V4nVvDz4pTo

Antara kebaikan dan khasiat Susu Kambing Asli

  • Untuk Kesegaran Badan
  • Rawatan Perubatan Tradisional
  • Baik diminum selepas berbekam
  • Kaya dengan protein
  • Anti Penuaan
  • Anti Barah
  • Merawat Kencing Manis
  • Asma (lelah)
  • Insomnia
  • Migrain
  • Gastrik
  • Masalah Penyakit Kulit
  • Ulser Perut
  • Demam Kuning
  • Ekzema
  • Memberi tenaga ibu mengandung dan menyusu
  • Menguatkan Antibodi di dalam badan
Petua Untuk Hamil
Susu Kambing

Petua Untuk Hamil

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Petua Untuk Hamil

  • 1Liter Susu Kambing: Bak kata ustaz jika boleh gunakan susu kambing segar, jadi Mrsyanie gunakan susu kambing dari keluaran Tanur. Memang rasa segar dan pekat tanpa ada campuran air.
  • Kurma: yang liat dan kering (segenggam dari tangan suami dan segenggam dari tangan isteri) – ada yang kata kurma Nabi tapi Mrsyanie gunakan kurma biasa janji yang kering dan liat.
See also  Apa Susu Kambing Dicampur Dengan Tomato ?
Petua Untuk Hamil
Susu Kambing dan Kurma
kurma
Kurma (kering dan liat)

Cara-caranya penyediaan

  1. Masukkan 1 liter susu kambing (5 botol susu kambing Tanur, dimana 1 botol 200ml) ke dalam blender.
  2. Segenggam kurma dari suami dan isteri dibuang biji, masukkan kedalam blender berisi susu kambing.
  3. Blend kan sehingga kurma hancur bersama susu, jika korang tak mahu hancur sangat pun tak apa. Tapi lagi sedap kurma hancur dan sebati dengan susu.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian untuk suami dan 1 bahagian untuk isteri minum.
susu kambing
Blend Susu Kambing dengan Kurma
susu kambing
Petua Untuk Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma
susu kambing
Susu kambing dan Kurma yang telah disebatikan
Korang kena minum sampai habis dalam masa sehari, jangan lupa selawat dan niat lah ye. Sebaiknya korang buat sekali seumur hidup dan amalkan petua harian. Tak salah untuk kita mencuba, walaupun Mrsyanie tidak gemar dengan daging kambing tetapi alhamdulillah boleh bertahan lagi minum susu kambing dari keluaran Tanur. Semoga ianya dapat membantu Mrsyanie dan korang untuk dapatkan zuriat, insya-Allah. Doakan ye hihi
Amalan harian:
  • Minum susu kambing segelas dan 7 biji kurma
  • Amalkan Surah Maryam ayat 1-12.
Untuk maklumat lanjut:

SUSU KAMBING ASLI TANUR

Harga sebotol: RM5.00 (200ml)
No Tel:  014 7118887 (Tarmizi)
yanieyusuf.com

21 Comments

  1. Asalam….
    2.Segenggam kurma dari suami dan isteri dibuang biji, masukkan kedalam blender berisi susu kambing.

    Maksudnya segenggam suami dan segenggam istri ka? Total 2 genggam kurma dan seliter Susu?

    • Tu saya tak pasti, tapi saya rasa tak kisah kurma apa pun janji niat dan bserah pada Allah SWT adalah yang utama.. Good luck..

  2. amln selingan: surah yassin ayt 55 dibaca 3x sblm bsama n baca qum bi idzinillah 3x (suruh suami tepuk bdn isteri , slow je.. ) amik syarat ..pg lps subuh yassin , lps dhuha alwaqiah , lps asr arrahman..in shaa Allah moga ad rzki utk uols ..yg pntg yakin pd Allah , bkn pd amalan.. ; )

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*