Restoran Chinese Muslim Mohammad Chow

Assalammualaikum w.b.t

Restoran Chinese Muslim Mohammad Chow | Sebelum puasa hari itu, Mrsyanie sempat dinner bersama dengan keluarga kelab Blogger Ben Ashaari di sebuah restoran masakan cina iaitu Restoran Mohammad Chow. Memang dah lama teringin nak makan masakan Chinese macam di Hong Kong dan Beijing, sedapnya lah haih.. Tapi takkan bila teringin je nak kena travel jauh-jauh kan.. Sekarang di Malaysia pun telah banyak restoran masakan Chinese yang halal dibuka dan Restoran Mohammad Chow menjadi pilihan. Ianya terletak di Damansara Perdana, dekat jew tak perlu nak travel jauh-jauh semata-mata nak merasai sajian masakan Cina.

1

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Teruja kan tengok gambar sajian dikala bulan puasa, dugaan sungguh rasanya. Tambahan pula memang dah tahu rasa keenakkan dan kesedapan sajiannya. Tergugat puasa ku, hihi Sekali sekala dapat tukar citarasa memang best, yelah selalu ”food hunter” masakan Melayu, barat danHipster gitu, kali ini kita kasi terjah masakan cina tetapi HALAL.

IMG20160604200108

IMG20160604201025

Tak susah pun nak cari restorannya sebab waze kan ada, waze je ”Restoran Mohammad Chow Damansara Perdana”. Arahan akan sampai depan restoran tau. Sepanjang Mrsyanie berada di sana, pelanggan tak putus-putus datang. Ada je yang datang untuk menikmati hidangan masakan cina Mohammad Chow. Jom lihat sajian apa yang Mrsyanie pilih:

  • Kerapu Ala Thai Fried (Rm6.00 setiap 100 gram)

IMG20160604202824

  • Ketam Lak Chi  (RM15.00 setiap 100g)

AfiqHalid Chow 5
Sumber gambar: http://www.afiqhalid.com/
  • HK Roasted Duck

IMG20160604202949

  • Prawn Butter Floss RM35.00

IMG20160604203532

  • Ying Yong Kailan RM15.00

Nak tahu eknapa diberi nama Ying Yong ? Ini kerana Ying Yong adalah 2 perkara dalam satu, ibarat baik dan buruk gitu. Tapi untuk Ying Yong Kailan pula disediakan 2 jenis Kailan dalam satu pinggan dengan 2 rasa yang berbeza. Sedap tau!

See also  Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

IMG20160604203646

  • Rendang Itik

Istimewa untuk bulan Ramadhan ini, restoran turut menyediakan Rendang Itik untuk semua pelanggan yang berminat untuk merasanya. Nyum nyum..

13405521_10209047378039361_1727414017_o (1)
Sumber gambar : http://lancareno.com/
  • Fu Yong Omellete  RM10.00

IMG20160604203545

  • Sotong Nyonya RM18.00

IMG20160604202628

 

  • Claypot Tofu RM12.00

Kebanyakkan sajian masakan cina tak pedas tetapi disini disediakan masakan pedas dan cili kepada pelanggan yang mengemari masakan pedas.

IMG20160604203715

Menarik lagi disini adalah sajian minumannya, dengan pelbagai jenis perisa tau. Campuran yang sangat menarik dan membuka selera tambahan bulan puasa ni. Dibawah adalah gambar 7 minuman istimewa yang berbeza dan sebenarnya banyak lagi minuman yang lain dari lain. Jangan risau semuanya sedap!

IMG20160604204255

IMG20160604202457

Bulan Ramadhan ini restoran turut menyediakan pakej set Ramadhan yang menarik. Tak perlu pikir menu apa yang nak dipilih, ambil je set senang.

PAKEJ SET RAMADHAN

Set A – RM98.00 (3-4 orang)

Chicken Butter Milk Sos
Fish Fillet Nyoya
Sotong Salted Egg
Chip Choy Soup

Set B – RM198 (4-6 orang)

Rendang Itik @ HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss
Fish Fillet Ginger
Tomyam Seafood
Brocolli Mushroom Oyster Sauce

Set C – RM298 (6-8 orang)

Siakap Ala Thai Steam
Rendang Itik @ Hk Roasted Duck
Chicken Ying Yong
Hot Plate Tofo
Sotong Salted Egg
Prawn Butter Milk Sos
Tomyam Seafood

Set D –  RM398 (8-10 orang)

Kerapu Ala Thai Fried
Ketam Nipah
Prawn Nestum Butter
Sotong Nyoya
Tofo Claypot
Mix Vege Garlic
Ying Yong Garlic
Omellte Fu Yong

Restoran juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah, bukan sahaja untuk berbuka malah sahur pun disediakan. Restoran akan dibuka seawal jam 3.00 pagi untuk sahur sehingga azan Subuh. Tak ada dah alasan tak bersahur ye, call je untuk tempahan tau. Lagi satu Mrsyanie nak kongsikan dengan korang iaitu Tapoww! XL disedikan untuk sajian delivery bagi 8-10 orang. Wow untuk keluarga besar atau nak makan dengan kawan-kawan dirumah order sahaja set Tapoww! XL.

See also  De' Galleria Art Studio Menghasilkan Seni Penuh Nilai

 

Untuk maklumat lanjut:

Mohammad Chow Restaurant

Alamat: 3-1, Jalan PJU 8/5H,

                 Damansara Perdana Business Center,

                 47820 Petaling Jaya, Malaysia.

No Telefon: +603 773 16383

                          +6010 701 5221

Email: mohammadchow@gmail.com

Website : www.mohammadchow.com

Facebook : Mohammad Chow Restaurant

Instagram : mohammadchow

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*