Kem Ramadan Yeo’s 2016

Assalammualaikum w.b.t

Kem Ramadan Yeo’s 2016 | Bila dapat join aktiviti kemasyarakatan ini, memang akan teruja tambahan bila dalam program akan ke rumah anak-anak yatim mahupun rumah kebajikan. Dapat tengok telatah anak-anak kecil tu buatkan Mrsyanie seronok tetapi dalam masa sama juga rasa sayu. Walapun sayu tapi jangan tunjuk pada diorang kerana diorang pun perlukan semangat dari orang sekeliling untuk teruskan kehidupan yang masih panjang. Sabtu lepas, Mrsyanie bersama beberapa orang blogger KBBA9 turut serta dalam satu program yang setiap tahun dijalankan oleh YEO’S Malaysia iaitu Kem Ramadhan 2016, Ceria Ria Beramal bersama Bintang.

kbba yanieyusuf
Kelab Blogger Ben Ashaari

Kem Ramadhan Yeo’s  2016 

Kem dijalankan di Dewan IM4U Taman Perindustrian Puchong, mudah je dengan waze hihi cewah.. Pendaftaran dimulakan pada jam 8.00 pagi dan kem berakhir selepas berbuka. Sampai sahaja kami terus daftar dan setiap individu akan diberikan kumpulan mengikut Bintang tetapi tak boleh pilih kerana diorang telah tetapkan. Bagus pun macam tu supaya kami dapat bekenalan dengan peserta yang lain dan meluaskan siratulrahim antara peserta. Dapat bergaul dengan semua orang. Tapi sedih juga Mrlaling team merah, Mrsyanie pulak team pink huhu terpisah sekejap kami cewahh (sambil tutup muka dengan tudung hihi)..

yanieyusuf

yanie yusuf

Ceria Ria Beramal bersama Bintang

Bintang yang turut serta dalam kem ini adalah Kaka Azraff, AG yang kini penyampai radio Kool FM, Heliza Helmi, Feeya Iskandar penyampai radio Sinar FM, pelakon terkenal Syukri Yahya, dan Faizdickie terkenal dengan #villagepeople. Setiap bintang akan mewakili setiap rumah kebajikan masing-masing bersama peserta.

See also  Perfect Sunscreen + Flawless Foundation Cosmoderm

Sebelum meneruskan aktiviti bergotong royong di rumah kebajikan masing-masing, peserta diberi taklimat dan dijalankan beberapa aktiviti ringkas. Aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking antara kumpulan (sesi berkenalan), senam aerobic dan permainan ringkas yang melibatkan bintang dan kumpulan. Korang nak tahu, Mrsyanie dapat kumpulan dengan Kaka, alah comel je dia dan sporting. Mrlaling team siapa? Nasib baik dapat team AG tau hihi.. Blogger abg Kid pun ada tapi satu kumpulan dengan Mrlaling…ermm leh caya ke diorang ni hihi Risau Mrsyanie nak lepaskan Mrlaling ni hihihi.. (gurau jew)

IMG20160625091948

https://www.instagram.com/p/BHECjtlDix1/

 

yanieyusuf kem ramadhan yeos
IMG20160625110016

Rumah Kasih Nurul Hasanah

Kumpulan penyanyi Kaka atau lebih dikenali dengan team #yeogurtb terpilih untuk ke Rumah Kasih Nurul Hasanah yang terletak di Ukay Height Ampang. Setiap kumpulan diberikan ketua dan penolong yang terdiri dari wakil syarikat Yeos. Segala pergerakkan kami dibawa dengan menaiki bas yang telah diinsuranskan atas setiap nama peserta. Mrsyanie teruja tau bila masuk kawasan perumahan rumah kasih ini, dikelilingi dengan rumah bonglo mewah, dalam hati berharap jiran-jiran sekeliling sentiasa memberi bantuan kepada mereka. Kami terus ke rumah kasih dan berjumpa dengan penjaga disana dan kami dibahagikan kepada  2 kumpulan. 1 kumpulan akan bergotong royong di rumah utama manakala satu lagi kumpulan kecil akan ke asrama perempuan. Mrsyanie ke asrama perempuan untuk membantu mengemas dan membersihkan kawasan rumah asrama perempuan.

Alamat Rumah Kasih Nurul Hasanah :

No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height,68000, Ampang, Selangor.

 No Tel: 03 – 425 33500

yeogurt kem yeos yanieyusuf
Gabungan gambar dari sumber: Instagram #yeogurtb

kem yeos yanie yusuf

Walaupun penat kami tetap senyum gembira melihat betapa gembiranya anak-anak kecil disini. Rumah kasih bukan sahaja didiami oleh anak-anak yatim malah turut didiami oleh anak-anak fakir-miskin, Saudara baru, Ibu tunggal, Warga emas, dan Insan-insan yang teraniaya yang memerlukan perlindungan. Selesai kami bergotong-royong dan beramah mesra, lebih kurang jam 4.00 petang kami bergerak balik ke Dewan IM4U untuk meneruskan aktiviti lain.

See also  MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

IMG20160625174622

 kem ramadhan yeos yanieyusuf
Bersama kumpulan kecil Yeogurt B4

Muka ceria kami bila dapat air kotak dari YEOS hihi.. Puas minum ler balik nanti. Aktiviti seterusnya sementara acara berbuka puasa bersama adalah persembahan kumpulan. Nasib baik dapat kumpulan yang memang sempoi dan kami dapat tajuk Peter Pan beraya dengan kapetnya. Siapa jadi Peter Pan? Siapa lagi blogger Razi lah turut membuat persembahan bersama adalah bintang kumpulan iaitu Kaka. Bukan sahaja kumpulan kami yang sempoi, malah kumpulan lain tidak kurang hebat dalam berdrama.

Selepas acara berbuka, kami dihiburkan pula dengan persembahan dari setiap bintang. Memang sangat enjoy dan terasa muda belia bila dapat bersama peserta lain. Terima kasih kepada YOES Malaysia kerana anjurkan satu program yang terbaik malah merapatkan lagi hubungan siratulrahim.

Untuk maklumat lanjut:

YEOS Malaysia

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*