Beriftar di Sarang?

Assalammualaikum w.b.t

Beriftar di Sarang? | Sarang mana pulak kita beriftar kan.. Apa lagi Sarang Art Hub cafe di Tanjung Malim ler, alah pemiliknya seorang pengarah filem dan drama Malaysia iaitu Mamat Khalid. Siapa tak kenalkan dengan pengarah terkenal ni. hihi Kali ini bukan makan secara ala carte tetapi secara buffet sempena bulan Ramadhan. Tak perlu nak cari buffet Ramdhan jauh-jauh, Tanjung Malim pun dah ada hihi.. Lagi satu setiap sudut dinding di Sarang cafe ini mesti dihiasa dengan gambar mahupun ayat-ayat yang sangat sempoi.

sarang art hub

Buffet Ramadhan Sarang Art Hub

Kali ini Mrsyanie berbuka puasa bukan berdua sahaja tetapi bersama dengan rakan-rakan, kiranya ni geng weng weng hihi.. kenapa weng weng pun Mrsyanie tak tahu haha.. Harga buffet di Sarang hanya RM19.90 seorang dewasa dan kanak-kanak atas 12 tahun RM12.90. Hidangan yang disediakan seimbang dengan harga yang ditawarkan, dimana menu utama adalah nasi putih beserta 8 menu lauk dan beberapa makanan tambahan lain. Walaupun tak banyak tapi memang puas makan dan rasanya menepati citarasa Mrsyanie.

IMG20160623191040-tile

yanieyusufsarang
Menu Asam Pedas Ikan Pari

IMG20160623191017

yanieyusufsarang
spaghetti carbonara & bolognese

Mana yang nak tukar citarasa untuk berbuka pun boleh, kerana disini disediakan spaghetti dan beberapa jenis kuih muih. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, kalau korang nak jenis lauk berpuluh hidangan kena lah ke Kuala Lumpur kan.hihi.. Kemudahan tempat solat juga disediakan yang sangat selesa, jadi tak perlu tergesa-gesa nak balik. Korang lepas solat boleh sambung lagi makan tau. Parking kereta pun luas, depan cafe terus leh parking.

yanieyusufsarang
Geng Weng Weng

Korang boleh hubungi nombor yang tertera dibawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Majoriti hidangan yang disediakan memang sedap terutamanya spaghetti tau, sekali terus ambil 2 jenis kuah iaitu spaghetti carbonara dan sos bolognese. Minggu akhir ni Mrsyanie syorkan korang datang ke Sarang Art Hub untuk berbuka dan sahur juga disediakan.

See also  Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia

13413549_1626342527683474_3007666397548779611_n

 

Untuk maklumat lanjut:

Alamat : Sarang Art Hub, Rumah Rehat Tanjung Malim.
Email: sarangarthub@gmail.com

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*