Mee Sup Daging | Sarapan Pagi Vietnam

Assalammualaikum w.b.t


Sarapan Pagi Vietnam | Bila nama pun blogger food hunter kan, dimana sahaja akan food hunter tau. Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang makanan sarapan pagi utama di Vietnam. Memang terbaik lah!! Tapi tak macam Malaysia, dengan Nasi Lemak, Roti Canai dan sebagainya, disana makan semua tak berlemak tau.



Sarapan Pagi Vietnam


Di Vietnam sarapan pagi diorang makanan berat seperti nasi goreng, mee sup dan sebagainya. Fuh semua makanan makan tenghari dan malam kan ini kerana disana diorang jalankan pekerjaan yang berat. Tekun bekerja dan siang malam orang bekerja. Diorang gunakan tenaga sepenuhnya untuk mencari rezeki, jadi sarapan pagi diorang semua agak berat tetapi tidak berlemak tau. hihi Lokasi sarapan pagi agak dilorong-lorong seperti gambar dibawah. Ianya terletak di belakang Masjid Thanh Duong Jamiul Islamiyah




Ini lah kedainya, tapi emmang ramai yang datang.

Antara menjadi tumpuan Mrsyanie bagi Sarapan Pagi Vietnam adalah Mee Sup Daging. Rasa seperti ala-ala boat noodle tetapi sup dan rencah dalamnya sangat berbeza. Ianya merupakan sup tulang lembu yang direbus (ianya seperti rebus kosong tetapi bila ditambah bahan-bahan lain memang terbaik rasanya). Antara ramuan yang ditambah dalam Mee Sup Daging adalah sayur-sayuran, sambal cili kering, sos cili dan sos soya (bewarna coklat gelab).

Sarapan Pagi Vietnam
Mee Sup Daging 

Wajib letak semua bahan-bahan ini sebelum makan kerana bila bercampur semua ramuan, sup akan bertambah sedap dan kick lah orang kata. Mee yang dikatakan bukanlah seperti mee kuning di Malaysia, ianya seperti keow teow halus. 


Sup Daging tadi juga boleh dimakan dengan roti bun yang besar ni. Luar nampak keras tetapi dalam sangat lembut dan sedap dimakan dengan sup daging atau hanya cicah sos campuran tadi (sos soya dan sambal cili kering, sos cili).




Memang sedap dan puas hati makan. Selera sangat sebab ada pedas hihi. Harga pula lebih kurang RM10-25 semangkuk sebab besar dan bergantung kepada kedai.


Boleh jugak klik entry dibawah:



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

See also  Winter Trip South Korea 2017 Part 3

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*