[Hotel Review] Ole London Hotel Macau

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Macau Trip | Part 2 | Macau | Setibanya kami di Macau, kami terus ke kaunter pertanyaa untuk mengetahui bas ke Hotel kami..Tapiii sesat dalam bas???? Gempak je kan sesat dalam bas?? Sebenar memang pun, kami tak tahu nak turun dimana. Sampai je di Terminal ferry Macau, kami ke kaunter pertanyaan dapatkan info bas yang perlu kami naik ke hotel.

Hong Kong Macau Trip | Part 2 | Macau | Ole London Hotel

Nombor bas yang diberikan adalah 10A untuk ke lokasi hotel Praca de Ponte E Horta . Tapi masalahnya orang kaunter tu suruh kami turun di Si Da Hou. Yang kami perhatikan di perjalanan bas tak pun lalu di Si Da Hau. Pe lagi kami dok je dalam bas sehingga lah hujung station. haha..tanya orang bas pun dia agak kurang fasih berbahas Inggeris. Kami tunjuk peta baru lah dia tahu dimana kami nak turun, sebelum naik bas dah tanya dan dah tunjuk peta kat pemandu bas tu tapi dia angguk jew. hahaha.. oklah cakap ayam dan itik gitu ler..hihihi..Alhamdulillah pemandu bas tu pun hantar kami ke lokasi area hotel.

 

Tambang bas : HKD 3.20
(tips: korang kena sediakan wnag kecil, 
jika wang besar tiada pulangan baki tau)

 

Hotel Ole London Macau

Hong Kong Macau Trip | Part 2 | Macau | Ole London Hotel menjadi pilihan penginpanan kami. Memang seronok jalan-jalan secara backpackers ini cuma agak kepenatan sedikit kerana perlu berjalan kaki dan mencari lokasi yang hendak dituju secara sendiri. Tapi yang sukakan adventure travel memang best. Kalau ikut travel agent korang tak akan merasa dan tak akan tahu macam mana sebenar negara tersebut. Contohnya korang tak akan lalu jalan-jalan perumahan, tengok suasana sebenar di negara yang dilawati.
Yeke?? Ini pengalaman Mrsyanie sendiri ikut travel agent ke China dan bagpackers ke HK Macau. Ada kelebihan dan kekurangan nya. Nama hotel kami adalah Ole-ole London Hotel (yang ini nama yang tertera di website Agoda) tapi sampai je hotel namanya hanyalah London Hotel yang terletak di Praca de Ponte E Horta .
Hong Kong Macau Trip | Part 2 | Macau | Ole London Hotel
Hong Kong Macau Trip | Part 2 | Macau | Ole London Hotel

 

Bangunan hotel kami.

 

Untuk hotel di Macau keluasan biliknya agak besar berbanding dengan hotel di HK. Tengok sendiri gambar atas tu pun dah tahu kan, sama seperti hotel kita di Malaysia. Fuh lega sket kami nak solat disini ada ruang yang cukup besar. Lokasi hotel kami agak dekat dengan Senado Square jalan kaki lebih kurang 10 minit sahaja. Hotel kami dah book siap-siap di Malaysia dengan Agoda. Jadi harga mungkin agak berbeza kerana kadang-kadang akan diberi diskaun untuk hotel yang ditempah.
Ole London Hotel 
Praca de Ponte E Horta No 4-6, Macau City, Macau
Harga (1mlm):  RM 286.27 (USD 79.50)
Atau boleh layari Agoda.com
 
**sambung Macau | part 3
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
See also  Bajet Keseluruhan Travel Ke Bali Indonesia

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*