CENDOL SUNGKAI

Assalammualaikum w.b.t
CENDOL SUNGKAI| Ahad lepas lepas Mrsyanie dah family mertua bawa lah bakal pengantin fitting baju kahwin diorang. Rupanya kat Sungkai terdapat butik Pengantin yang sangat cantik baju-baju nya. Rasa nak sanding lagi sekali je tengok baju pengantin tau.. Dapat buat photoshoot dengan gaun Kahwin pun bestnya..hihih  Bukan nak cter pasal baju kahwin, tapi nak cerita pasal Cendol Melayu yang super sedap di Sungkai. Mrsyanie kurang sket makan Cendol Mamak, tapi suka Cendol. 
Siapa suka makan Cendol? tak tak suka Cendol mamak?? Kat Sungkai terdapat Cendol yang dijual oleh orang Melayu. Ye, tak salah cendol mamak, tapi ada sesetengah orang agak kurang dengan Cendol mamak. Jadi tak perlu risau dah, 1st time jumpa Cendol Melayu. Warung ini bukan sahaja menjual Cendol tapi ada pelbagai lagi menu yang sedap..ermm super lah..
CENDOL JAGUNG

CENDOL PULUT

CENDOL KACANG

CENDOL BIASA

INI lah antara menu lainyang terdapat di warung. Antara menu nya adalah nasi berlauk, mee kari, laksa, bihun sup, rojak, goreng pisang cheese dan sebagainya. Kawan Mrsyanie bagitahu warung ini kalu hari cuti sangat ramai pengunjung dan menjadi spot place bagi pengunjung yang inginkan cendol. Snagat sedap dan bertambah sedap minum ketika cuaca panas terik.. nyummm…
BIHUN SUP
MEE KARI & LAKSA


 Mesti tertanya kan apa nama warung ini. Landmark: Sebenarnya warung ini tak diletakkan nama, tetapi mudah sangat nak tahu tempat ini. warung ini terletak depan masjid Sungkai dan betul-betul tepi jalan. Diorang menggunakan konopi putih untuk warung ini. Kalau dari Utara, warung ini sebelah kiri jalan dan sign yang bertulis Lauk Campur.



MASJID SUNGKAI
Lokasi: Depan Masjid Sungkai, Sungkai, Perak
selamat mencuba!!
Till Next Entry ye!!
Salam Sayang
See also  Best Digital Drawing Tablet in Malaysia

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*