Taiping Bandar warisan, part 2

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah rehat kejap mrlaling ajak pi makan.. lapo katanya..untuk alas perut dulu sementara nak siap-siap, mrsyanie kasi lah roti yang dbeli bungkus masa kat RTC, Ipoh tu..kan kan.. ha dah kata, beli bungkus bukan sebab tamak tapi bekalan dimasa hadapan hihih… 
Mula-mula ingat nak makan kuey teow goreng Doli, femes kot ni..hihih nasib bek member-member pun suka mencari kedai makan yang sedap..tanya diorang kedai makan mana best..diorang kata patut try kuey teow goreng Doli. pe lagi jom try..wave lah tempatnya..ok wave bawa kat mana tah..tapi rupanya dekat dengan klinik kesihatan Taiping. lor dekat je ngan Taman Tasik kot..ok kalu korang nak guna wave cari kuey teow goreng Doli. korang taip klinik Kesihatan Taiping. depat klinik je kedai kuey teow goreng Doli tau. deret dengan rumah kedai. 
Tapi time kami datang tu, perggg ramai gler orang dan tak ada tempat duduk pun wei.. siap ada yang menunggu kat luar kedai untuk dapatkan tempat duduknya..oklah mrlaling kata cari kedai makan lain..ermmm kami pun pusing balik ke area Taman Tasik.. alhamdulillah jumpa jugak medan makan tepi tasik. dekat dengan mcD..ok xmo xmo makan mcD. sayangi lah saudara anda di Gaza ok..!!! 
maaf lupa sangat amik gambo kawasan medan makan ni..kalu korang pusing pusing Taman Tasik memang akan nampak medan makan ni.. jalan memang one way jadinya belah kiri kedai makannya. Disini ada jual pelbagai menu tau..goreng-goreng, nasi berlauk, yong tau fu, dan sebagainya. Ni kira makan petang dan malam terus.

Menu kami for dinner at Taiping:

Nasi putih +  telur dadar + telur bistik + sup ekor + teh o  panas
yong tau fu

RM 30.++

Perut dah kenyang apa lagi jom jalan-jalan.. Rondo area Tasik kejap..nampk ada shopping mall.. ok plan sementara tunggu nak sambut Merdeka..Tergoda lak dengan iklan movie di pagung wayang.. Kami tengok cter EX.3.2D yang menarik nya kami amik tiket yang masanya abis lepas kul 12.. xdapatkam sambut merdeka tengok bung api.. ini 1st time kami sambut dalam wayang. Agak menarik tau siap ada sajak kemerdekaan sebelum movie berlansung yang agak terkejut 1st lagu Negara ku dimainkan dalam panggung sebelum movie.. sangat menghargainya dan terasa suasana kemerdekaan walaupun kami layan movie malam tu.  saya bangga menjadi anak Malaysia..
satel tengok movie kami pun balik rehat..wah masih lagi ramai anak-anak muda yang berjaga malam selepas menyambut kemerdekaan. 
Keesokkan nya.. kami sarapan dengan Mama Yana and family.. punya lah pusing satu bandar Taiping mencari sarapan pagi.. banyak kedai tutup… nasib lah ada kedai depan rail keretapi Taiping.. layan roti canai sekeping….Sebelum kami cek out..nak jugak singgah kedai Char Keteow Doli tu..akhirnya dapat jugak.. masih lagi kosong yelah awal gak lah kami pi.. lepas depa buka kedai lah kot hahah… Sapa yang pi Taiping jangan lupa menikmati setiap keindahan di Taiping ok.. 🙂

See also  Hatyai, Thailand - Songkhla Aquarium dan Samila Beach

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*