Taiping Bandar warisan, part 1

Assalammualaikum w.b.t
Salam kemerdekaan buat semua warganegara Malaysia tercinta. Alhamdulillah kita telah mencapai 57 tahun kemerdekaan. Moga kita terus merdeka dan merdeka dari anasir-anasir barat dari segi pertuturan, gaya dan budi perketi kita. Saya Sayang Malaysia!!!
Sempena hari kemerdekaan, mrsyanie tenangkan diri dan rilex bercuti ke Taiping, Perak. Bandar yang penuh dengan sejarah erti kata lain warisan kita. Pelbagai tempat yang bersejarah boleh dilawati tau disini. Tapi masa agak kurang mengizinkan mrsyanie dan mrlaling berjalan kesemua lokasi bersejarah. Insya-Allah murah rezeki dan panjang umur kami ke sna lagi..weeee…
Lokasi villa di area jalan ke bukit Larut dan dekat je dengan Taman Tasik Taiping. Sangat selesa kerana dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi dengan bunyi air sungai..memamg sangat tenangkan diri selepas penat bkerja. Sangat sesuai untuk honeymoon jugak hihi..
Masa perjalanan: suku day
Kami gerak dari Tanjung Malim ke Tapah pada hari jumaat tu. Kejutan mrlaling buat tau..dia tau wife dia dah windu gler dengan anak buah nye..jadi amik keputusan untuk bermalam di Tapah. seyes tak tau pun..aiyooo terkejut i tau..hihih..but TQ syg.. Perjalanan dari Tanjung malim ke Tapah dalam 30-45 minit mengikut kelajuan pemanduan anda ok. hihi..kami bawa rilex-rilex jew.. So kami bermalamdi Tapah….
Day 1:

Dari Tapah kami gerak dalam jam 11 pagi jugak lah..lepas sarapan my sis masak nasi lemak baik punya..ok jimat bajet sarapan pagi. Dalam perjalanan ke Taiping tu, kami singgah sebentar di RTC Ipoh. ala-ala rnr jugak tapi bukan rnr ipoh sebelah dia..hihih selalu lalu je kan..kali ni mrlaling ajak singgah. nak tau gak pe ada dalam tu kan.. kat situ ada Mall Mydin, tempat makan macam-macam ada. Dalam mall tu ada kedai-kedai jual phone ni sangat banyak kot.. korang leh tawar-menawar lagi tau.. Kami? tengok aje..ate kalu beli phone kang tak leh nak shopping len kan..jimat guna phone yang ada je pun..(sebenarnya phone ni pun baru 3-4 bulan pakai kot, takkan nak tukaq kan hahahah)… Dalam 1230 pm kami sampai situ, jadinya terus lah makan tengahari. Tak yah cari tempat lain dah. mrlaling makan Nasi Kandaq.. Nasi kandaq Penang mari tau. Mrsyanie makan rojak singapore jew..hihi dengan aisblanded coklat and mint…sedap sedap…

See also  Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cherating

Gambar bawah ni lah rojak Singapore di RTC, Ipoh…

Total makan:
Nasi kandaq+ air mineral = RM11.++
Rojak Singapore = RM 7.++
Ayo blanded tu = RM3. ++

Dekat RTC Ipoh tu ada satu kedai roti tau, rotinya sangat sedap.maaf sangat lupa lak nama kedainya..tapi jangan risau satu tu je kedai roti yang ada kat sna…suka sangat sebab lembut dan sedap..nyum nyum..sempatlah beli bawa pi Taiping. Bekalan dalam kete atau hotel nanti.. 🙂

Kami teruskan perjalanan, kami rehat tadi lebih kurang 30minit-45minit. Seperti biasa kereta di higway plus musim – musim cuti ni memang sangat banyak kot..tapi alhamdulillah tak ada lah jem sangat. ada lah skali jalan slow..punca tak dapat dikenalpasti. ha tu lah selalu terjadi kat higway. tak tahu punca jem. mungkin ada kereta yang slow tengah potong lori..so kereta belakang kne slow jugak..

Dalam perjalanan ke Taiping tu ada jumpa rnr Bukit Gantang if tak silap. Ha kami pun singgah lah kejap disana..ok benti lagi ye..kata nak jalan-jalan..ala-ala 7 perhentian ler..tapi ni 2 perhentian sudah.. Yang sangat seronok kat rnr Bukit Gantang ni memang femes dengan jualan buah-buahan yang segar dan sedap wei..mangga dia manis-manis..suka suka…

Menarik kot dari paper lama diorang buatkan jadi bendera Malaysia..sangat kreatif dan inovatif. 

Selepas buat 2 perhentian yeahh sampai ke Taiping, Perak.. welcome…!!!! Kami sampai lebih kurang jam 330 pm gak lah. terus cari Villa..serius memey tak tau jalan tapi tq tq wave sangat membantu kami dalam perjalanan kali ni. korang mana yang nak travel siap-siap install app. wave tau..sangat mudah walaupun dia bawa jalan kampung atau taman.. hihih

See also  Hampir 12 Jam Tidak Mandi Gara-Gara Travel

Sampai dengan mudah kami ke Sentosa Villa..just taip then wave akan berikan arahan perjalanan pada kami..mula masuk dalam simpang nak ke Villa tu, serius weeii cam betul ke betul ke..teruskan jugak..lokasi Villa ni agak kedalam sket..yelah area alam semulajadi kan. Lalu jugak depan umah orang. ingat dah salah tadi..alhamdulillah betul..masuk ke kawasan Sentosa Villa..teruja we..cantik dan sangat indah.. damai je suasana kat situ..korang yang selalu dok dalam jem ke tempat keje, yang penuh sesak tu..amik lah cuti ke Sentosa Villa, Taiping. sangat tenang dan best..leh mandi sungai..jangan rsau terjaga wei…hihih

Tempat penginapan: Sentosa Villa, Taiping Perak
Jenis Bilik: Standard room (katil king)
Rate : RM188 (peak) hari biasa hanya RM168

deposit RM50 dikenakan untuk cagaran semasa kita cek in 

sampai je terus cekin dan masuk bilik..rehat sat setelah penat dalam perjalanan..layan gambar sekitar kawasan Villa ok..


Sentosa Villa, Taiping, Perak:

Villa ini terletak dekat jalan ke Bukit Larut. dekat juga dengan Taman Tasik Taiping. Memang lalu kat Taman Tasik. Kawasan Villa adalah kepunyaan peribadi dan kawasan nya terletak di kawasan perumahan tetapi jangan risau memang terjaga dan jauh dari gangguan kereta yang sesak. Keindahan alam nye sangat indah, boleh rujuk gambar. Villa juga mempunyai fasi untuk bbq, aktiviti perkelahan sungai dan sebagainya. Terdapat juga spa untuk anda memanjakan diri. Bayaran lebih kurang RM90 untuk 1 jam urutan seluruh badan. Selain itu, Villa mempunyai fasi untuk buat majlis perkahwinan dalam taman dan sebagainya. Anda boleh terus layari web site mereka atau call terus untuk mendapatkan segala maklumat. Jangan risau pekerja nya sangat ramah dan sangat membantu.


Website: http://www.sentosa-villa.com/
Tel: 05-805 1000
013-5931000
Alamat: Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak.


sambung part 2…

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*