PRU 13 ?? Pilihanraya Malaysia

Assalammualaikum w.b.t
PRU 13 …banyak blogger yang dah tulis pasal PRU kan..mula tu xnak lah sibukkan diri dalam cter2 PRU ni..just sapa mgundi, undi adalah rahsia.. tapi hari ni tbuka plak hati ni nk share kan pe yg mrsyanie baca dari page Wardina mengenai pemilihan ”pasukan”.. mrsyanie gunakan ayat pasukan tuk parti..  yang mana Wardina pun share dari seorang frens … jom layan.. pikir2kan mana yg tbaik untuk membuat pilihan masa hadapan.. undi adalah rahsia ye.. jangan tlalu taksub sgt dengan pasukan masing2..yang penting jagalah keamanan dan setiap pasukan yang menang, peganglah amanah yang diberikan dengan betul dan baik. insyAllah..

“Ni saya share another status favourite saya dari seorang rakan di UK 🙂 katanya “…saya ni tak boleh mengundi (sebab masa semak daftar pengundi, nama saya kat ceruk Kedah mana ntah yg tak pernah pi, tak pernah daftar pun lagi, saya wonder siapa yg menyamar jadi saya, kalau wujud), tapi saya nak bercakap sesuatu pasal politik… sebab saya jarang cakap pasal politik kan? Sebab kurang suka.. but ianya penting.


Sepanjang saya duduk di UK, sudah 3 kerajaan pemerintah bertukar party (conservative, labour and now coalition lib-con), ianya menunjukkan keberanian dan kepandaian rakyat dalam menilai, kerajaan tak elok diorang tukar, rakyat yg menjadi boss dan penentu supaya mereka tidak mudah diperkotak-katikkan. Setiap kali kerajaan bertukar, jabatan2 kerajaan biasa je.. tak banyak berubah, takder kucar kacir seperti yg di momokkan oleh sesetengah pihak di Msia. Ianya lagi better untuk rakyat sebab setiap gov berusaha perform yg terbaik supaya setiap kali diorang boleh bertahan dan menang. Gov pun telus, setiap perbelanjaan mereka kita boleh tengok, bahkan kalau ada mana2 menteri yg naik keretapi 1st class pun kita boleh bantah. Pekerja kerajaan dipanggil sebagai civil-servant (pekerja kepada orang ramai bukan kepada kerajaan).

Saya juga nampak beberapa perkataan seperti, “tidak tahu bersyukur” etc dari beberapa orang yg saya rasa salah konsep. Kerja utama sesiapa yg menjadi kerajaan adalah memberi khidmat kepada masyarakat tidak kira dari parti mana, itu kewajipan mereka. Kalau mereka salah, mereka wajib ditegur tapi itu tidak bermakna rakyat itu rakyat yang tidk bersyukur. Nabi Musa menegur perbuatan salah Firaun yang telah membelanya, beri makan pakai etc dari kecil, adakah dia nabi yang tidak bersyukur? Kalau pencuri rompak rumah kita and kita komplen tapi polis cakap, “kamu kena bersyukur at least kamu tak dibunuh” adakah itu konsep syukur yang benar?

Saya bukan mana2 ahli politik, saya bercakap atas kapasiti seorang ahli akademik dan ingin mengajak kawan2 semua berfikir dan membuka minda. Islam itu rahmatan lil ‘alamin, rahmat untuk sekalian alam, bukan sahaja utk orang Islam, and so yg bukan Islam tak payah worry kalau orang islam yg sebenar memerintah. Orang islam amanah, dia tahu Tuhan sentiasa lihat dia. Yang muslim pula, jangan risau kalau ada orang nak pijak kita kalau dia menang sebab saya yakin, golongan kebangkitan rakyat baru2 ini jugalah yang berani bangkit ke atas mereka sekiranya mereka cakap tak serupa bikin. Dan saya percaya rakyat kita juga sudah matang, pandai berfikir sendiri serta tidak mudah termakan dengan propaganda. Politik menakut2kan rakyat, dan fitnah memfitnah adalah politik yg tidak matang and so ketinggalam zaman. Selamat ber-PRU kawan2″

Satu lagi hati-hati dengan PERSEPSI dan perang saraf ni… Jangan dibaja….”

See also  Petua Untuk Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*