Yanie Yusuf On Kosmo Kembara Bajet

Assalammualaikum w.b.t

Ruang Horizon Menjadi Pilihan | Sekali lagi Mrsyanie berpeluang untuk munculkan diri dalam keratan akhbar yang menjadi bualan ramai. cewah.. Sebanrnya 8 Disember yang lepas Mrsyanie diberi peluang untuk muncul sebagai salah seorang pelanggan yang telah mengambil pakej voucher dengan Tourist Guide. Antara agen travel yang menawarkan pakej percutian yang murah dan bajet.

Kembara Bajet Percutian Menarik Pada Harga Berpatutan
Kembara Bajet Percutian Menarik Pada Harga Berpatutan

Kembara Bajet Percutian Menarik Pada Harga Berpatutan

Dah 2 minggu keluarannnya, tapi ini baru kesempatan Mrsyanie nak kongsikan dengan korang. Korang masih lagi tak percaya ke Mrsyanie dapat flight pergi balik dan hotel 3 hari 2 malam dengan hanya RM300.00 sahaja bagi 2 orang? Inilah hasilnya Percutian Pilihan Honeymoon dapat dikongsikan bersama dalam surat khabar KOSMO!.

SEBAIK kaki melangkah masuk ke balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar, Bali, Indonesia, Noor Hayani Yusuf (Yanie), 30, dan suaminya, Ahmad Faizal Hassan tidak perlu menunggu lama kerana sudah ada yang bersedia menyambut kehadiran mereka di sana.

Lambaian mesra pemandu pelancong yang mesra disapa Pak Yanto sekali gus membuahkan senyum pada ulas bibir pasangan suami isteri itu sebelum mereka dibawa ke tempat penginapan di Hotel 7 Days Premium Kuta.

“Saya tidak menyangka hotel tiga bintang yang menjadi penempatan kami selama tiga hari dua malam di Bali itu sangat cantik. Malah, ia turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang yang agak mewah.

“Lebih menyeronokkan, Pak Yanto menemani saya dan suami sepanjang percutian tersebut. Ia merupakan kali pertama kami sampai ke Bali. Justeru, kehadiran pemandu pelancong membantu memudahkan perjalanan,” kata Yanie yang ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Kembara Bajet raungan kosmo Percutian Menarik Pada Harga Berpatutan
Yanie Yusuf on Kosmo!
Kembara Bajet Percutian Menarik Pada Harga Berpatutan
Percutian Menarik Pada Harga Berpatutan

Terima kasih kepada Tourist Guide (Infinity Vacation sdn bhd) dan KOSMO! kerana sudi menjemput dan kongsikan pengalaman Mrsyanie yang ringkas dalam ruangan Horizon, Jalan-jalan Makan Angin. Korang boleh jugak baca entry Mrsyanie yang lain tentang Bali dan lokasi yang menarik sempat Msryanie kunjungi. Bagi yang tak sempat beli paper KOSMO! hari itu, korang boleh baca secara online di artikel penuh: KOSMO! 8 Disember 2016

See also  Beijing, China ~ Throwback story

 

 

Till Next Entry ye!!!

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*