Assalammualaikum w.b.t

Cafe Pilihan Ramai Di Solaris Mont Kiara | Lama Mrsyanie tak food hunter di cafe ala-ala hipster kan. Almaklumlah Mrlaling ini bukan penggemar makanan orang puteh jadi jenuh nak ajak dia huhu.. Tapi sabtu lepas Mrsyanie akhirnya berjaya memujuk Mrlaling untuk jalankan misi ”menternak lemak” di salah sebuah cafe yang terkenal dengan menu utamanya iaitu Roti Pretzel. Lama dah Mrsyanie mengidam nak datang ke cafe ini. Nasib baik ada wangian yang boleh mengoda Mrlaling, opss.. ini bukan wangian yang jampi-jampi tu tau. Tak berani Mrsyanie nak tanggung dosa nanti haha..

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur

Cafe yang menjadi pilihan Mrsyanie tu adalah Pretz n Beanz Cafe (PnB Cafe). Ianya mempunyai beberapa cawagan, Mrsyanie memilih di lokasi Solaris Mont Kiara. Walaupun lokasi Mont Kiara merupakan lokasi yang agak sibuk tetapi ianya tidak jauh dari jalan Duta. Mudah bagi Mrsyanie kerana keluar je tol Duta tak sampai 5-10 minit untuk ke lokasi cafe (bergantung kepada keadaan lalulintas).

Seperti biasa nak lagi senang Mrsyanie guna je waze. Tak perlu susah-susah cari lokasi cafe, waze akan bawa terus depan cafe. Yeah dapat jugak Mrsyanie lepaskan hajat untuk merasai roti pretzel dengan pelbagai pilihan rasa.

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Pretz n Beanz Mont Kiara Kuala Lumpur
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Ruang Cafe yang Selesa

Mrsyanie masuk sahaja cafe tertarik dengan dekorasi dan susun atur cafe. Ianya kelihatan santai serta selesa berhawa dingin. Sesuai lah untuk korang lepak dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Ruang terbuka diluar juga disediakan bagi pelanggan yang inginkan pengudaraan semulajadi.

Menu Utama: Pretzel Dengan Pelbagai Pilihan

Pada mulanya Mrsyanie tertanya-tanya jugak apa tu pretzel?, yelah kita OK a.k.a orang kampung haha.. Pakat-pakat semua kawan-kawan ceritakan tentang keenakan pretzel, haih tak boleh jadi nak tahu jugak apa tu pretzel. Kata blogger pemburu makanan, memang pantang dengar tentang makanan ni. cewah..

Hasil carian di internet: Pretzel merupakan sejenis produk roti yang dibakar dari adunan doh. Secara asasnya adunan Pretzel dibuat daripada campuran tepung, air, gula, dan ragi, dan ditaburi dengan garam kasar. Pretzel makanan yang berasal dari Eropah dan berbentuk simpulan dan berpintal.

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Pretzel berasal dari Eropah

Rambang mata Mrsyanie tengok menu yang disediakan oleh pihak cafe. Macam-macam jenis pretzel yang disajikan dengan rasa yang berbeza. Sajian pretzel aneka perisa yang disediakan adalah Pretzel Original, Plain, Cinnamon Sugar, Sesame Sugar, Seaweed, Poppy Seeds, Basil Cheese, Permesan Cheese dan Chocolate Cookis Crench.

Bukan hanya perisa boleh dipilih, cafe juga menawarkan pelbagai pilihan saiz pretzel. Ada yang bersaiz normal, mini pretzel platter, dan giant pretzel yang boleh digabungkan 2 perisa. Selain itu pelbagai lagi pilihan pretzel yang boleh korang order. Pilihan lain kami adalah Pretzel Tower dan Filled Pretzel.

  • Pretzel Tower (PT)

Pretzel Tower antara menu yang menjadi kegemaran ramai, ini kira hot item gitu. Sajian PT menyediakan 2 pilihan iaitu Mini Tower (6 mini plain pretzel beserta 4 jenis dipping sos) dan Regular Tower (12 mini plain pertzel dengan 9 jenis sos).

Dipping sos atau sos celup yang disediakan mempunyai 9 pilihan sos Cream Cheese Dip, Caramel Dip, Chocolate Sauce Dip, Passion Jam, Sour Cream Onion Dip dan 4 lagi sos baru iaitu Cheedar Cheese Dip, Praline Hazelnut/Nuttella, Satay Sauce, serta Tomato Salsa.

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Mini Tower dengan 4 plain pretzel dan dipping sos

Disebabkan banyak menu yang kami nak order hihi Jadi kami memilih Mini Tower sahaja tetapi diberi untuk merasai kesemua dipping sos. Dalam ke sembilan (9) sos yang disajikan semuanya sedap tetapi paling Mrsyanie suka adalah Chocolate Sauce, Caramel dan Nuttella. Mrsyanie ini memang peminat tegar coklat tak kira lah apa pun jenis coklat hihi..

  • Filled Pretzel

Menu lain yang disajikan adalah Filled Pretzel. Ianya mempunyai 7 pilihan inti iaitu BBQ Frankfurter, Sweet Potato, Pepperoni Beef Pretzel, Apple Cinnamon, Jumbo Chicken Hot Dog, Jumbo Cheesy Chicken Hot Dog dan Cheesy Chili Chicken.

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Filled Pretzel : Cheesy Chili Chicken

Banyak pulak pilihan yang sedap, atas cadangan kami memilih  Pretzel Cheesy Chili Chicken. Rotinya lembut dan rasa cheese bersalut ayam dengan sedikit kepedasan membuka lagi selera Mrsyanie tau. Tekak orang Melayu mesti nak jugak rasa pedas dalam setiap pilihan makanannya.

17

Selain roti pretzel disini juag menyediakan sajian lain seperti Pretzel Pizza, Sarapan Pagi, Waffle, Soup, Salad, Sides menu, pelbagai Sandwich, Thick Toast, dan Menu Kanak-kanak. Bagi minuman pula ada lebih 30 pilihan yang terdiri daripada Pretz n Beanz Coffee Beans, House Blend, Ice Blended, Tea & Chocolate, Smoothies, Milkshake, Sparkling Sodas, dan Healthy juice.

Menu Istimewa Edisi Promosi Krismas

Bertuah rakyat Malaysia kerana kita mempunyai kepelbagaian kaum dan perayaan. Pastinya bila tiba hari perayaan, banyak pengusaha cafe dan restoran akan menawarkan hidangan promosi yang menarik dan sangat menguntungkan. Nyum..nyum..

Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Set Christmas Turkey

Sempena perayaan Hari Krismas yang bakal berlangsung, PnB cafe juga tidak ketinggalan menawarkan promosi set khas untuk semua pelanggan mereka. Promosi menarik ini diberi nama hidangan Set Christmas Turkey  yang menawarkan sajian lengkap  istimewa.

Set Christmas Turkey ini terdiri daripada 5 sajian lengkap, iaitu:

  1. Mushroom Soup with Christmas Stollen
  2. Caesar Salad with Turkey slice
  3. Satu (1) pilihan sajian utama/Main Course dari pilihan Christmas ala carte items
  4. Christmas Gingerbread
  5. Americano Coffee / Gourmet Tea
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Mushroom Soup with Christmas Stollen
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Caesar Salad with Turkey slice

Pilihan sajian utama/Main Course

Dalam set promosi korang boleh pilih satu menu utama/main dari sajian Christmas ala carte. Menu utama yang disediakan merupakan sajian barat, terdapat 3 pilihannya iaitu:

  • Aglio Olio Turkey slice Spaghetti:  RM15 (harga ala carte) atau,
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Aglio Olio Turkey slice Spaghetti
  • Turkey slice Pizza 10”: RM27 (harga ala carte) atau,
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Turkey slice Pizza
  • Chicken Breast stuffed dengan Turkey slice, Spinach dan Cheese with Brown sauce: RM27 (harga ala carte).
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Chicken Breast stuffed dengan Turkey slice, Spinach dan Cheese with Brown sauce

Sajian Pencuci Mulut: Pastri Krismas (Christmas Pastry)

Lebih menarik lagi mereka menawarkan sajian berasaskan pastri tau. Alah comel je siap ada bentuk rumah tu. Pilihan pastri yang disediakan seperti:

  • Christmas Gingerbread Christmas Tree / Angel / Gingerbread man: RM6.50 each
  • Christmas Almond Stollen (350gm): RM15.00
  • Christmas Caramel Dundee Fruit Cake (500gm): RM48.00
  • Christmas Black Forest Yule Log (500gm): RM65.00
  • Christmas Gingerbread House (8-inch): RM98.00
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Christmas Gingerbread
Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur
Christmas Pastry

Promosi ini akan bermula pada 24 November sehingga 30 Disember 2016 dengan tawaran harga RM46+ untuk seorang. Bagi yang inginkan tempahan pastri korang boleh membuat tempahan selewat-lewatnya 5 hari awal tetapi ianya bergantung kepada stok tempahan.

Untuk Exclusive Members, korang boleh dapatkan Christmas Gingerbread secara percuma dengan sebarang pembelian pada 25 Disember 2016 ini (tertakluk kepada syarat). Wah Mrsyanie nak jugak tapi rasa sayang plak nak makan sebab cute je Gingerbread nya hihi..  Bagi yang ingin sambut Hari Krismas atau sebarang majlis juga boleh hubungi pihak Pretz n Beanz Cafe.

Waktu operasi : Isnin – Jumaat : 7.00 pagi – 1.00 pagi

                              Sabtu & Ahad: 7.00 pagi – 2 pagi.

Untuk maklumat lanjut:

Pretz n Beanz Cafe Solaris Mont Kiara

Alamat: Cawangan Solaris Mont Kiara No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4, 50480 Kuala Lumpur

No. tel : +603 6204 97 33

E-mail : ipc@pretznbeanz.com

Website : www.pretznbeanz.com

Facebook: Pretz n’ Beanz

Instagram: @pretznbeanz

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *