Assalammualaikum w.b.t

Trip Lawatan Sambil Belajar KL Tower Mini Zoo | Macam tak percaya je bila dengar kata Menara Kuala Lumpur ada mini zoo? Dekat mana lah nak letak haiwan-haiwan yang ada tu. Almaklumlah Mrsyanie dah lama sangat tak pergi Menara Kuala Lumpur. Selalunya kalau trip macam ni waktu sekolah selalu buat. Alah lawatan sambil belajar yang selalu sekolah buat tu. Tapi Mrsyanie pelik kenapa kalau tempat sejarah atau tempat kebanggaan Malaysia macam ini selalu mengharapkan sekolah yang bawa?

Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur

Riadah Bersama Keluarga Di Menara Kuala Lumpur

Inilah tiba masanya korang bawa anak-anak atau keluarga ke Menara Kuala Lumpur. Jadikan ianya seperti trip lawatan sambil belajar untuk anak-anak tetapi dalam masa yang sama korang dapat luangkan masa bersama mereka. Mrsyanie belum lagi diberikan rezeki zuriat (doakan ye dapat zuriat cepat aamin) jadi tak berani nak kata lebih tapi apa yang Mrsyanie nampak kanak-kanak lebih suka dengan perhatian dari ibubapa. Tambahan kanak-kanak lagi cepat belajar dengan setiap perbuatan ibubapanya.

Disinilah peranan korang dalam mendidik anak-anak cintakan negara dan bersyukur dengan keindahan negara kita. Tak perlu tunggu sekolah buat lawatan untuk ke tempat-tempat sejarah atau patriotik ni. Korang pula jadikan lawatan sambila belajar ini sebagai satu aktiviti keluarga. Tak tahu kemana? Cuti sekolah tahun ini apa kata korang bawa keluarga ke Menara Kuala Lumpur. Salah satu bangunan yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur lain dah sekarang, eh bangunan tetap sama tak berubah bentuk pun. hihi Tapi telah diperbanyakkan aktiviti yang menarik boleh korang lakukan bersama keluarga. Bukan hanya melihat keindahan seni bina Menara Kuala Lumpur sahaja. Antara yang menjadi tarikan adalah KL Tower Mini Zoo. Mrsyanie sendiri pun baru tahu wujudnya dan aktiviti menarik KL Tower Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur.

Minggu yang lepas Kelab Blogger Ben Ashaari adakan Hari Keluarga bagi mengeratkan lagi siratulrahim antara ahli dan keluarga. Mula bila diusulkan lokasi tu, Mrsyanie tertanya gak aik ada mini zoo di Menara Kuala Lumpur?. Setahu Mrsyanie Zoo yang ada di area Kuala Lumpur ini ada 2 iaitu Zoo Negara dan Farm In The City. Rupanya korang boleh juga ke KL Tower Mini Zoo Menara Kuala Lumpur untuk program anak-anak untuk melihat dan kenali haiwan di Malaysia.

Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
KL Tower Mini Zoo
Comel tak saya? Nama: Cape Ground Squirrel
KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Nama: Meerkat
KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Menjadi penyambut tetamu . Nama: Burung Kakak Tua
haiwan di KL Tower Mini Zoo
Antara haiwan lain yang ada di KL Tower Mini Zoo

Konsep Mesra haiwan di KL Tower Mini Zoo

Menarik KL Tower Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur ini berkonsepkan mesra haiwan, korang boleh lihat lebih dekat dan ada beberapa jenis haiwan yang korang boleh pegang. Ianya aktiviti yang lebih menarik KL Tower Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur. Seronok tengok gelagat anak-anak yang hadir dapat memberi makan kepada haiwan-haiwan jinak disini. Boleh pegang Arnab, beri makan pada kura-kura dan burung juga tau. Mrsyanie penakut sket nak bagi burung makan, takut digigit tangan haha..

Longkang Fishing disediakan bagi anak-anak zaman moden ini mempelajari permainan yang selalu dilakukan oleh anak-anak kampung atau dulu kala. Ingat lagi waktu kecil rajin pergi longkang lepas hujan sebab mesti ada anak ikan tau. Ikan tu di panggil ikan longkang, berebut nak kaut dan tangkap. Jadi disini berikan satu keseronokan pada pengunjung yang hadir.

KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Memberi makan kepada burung.
Rabbit Village KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Mrlaling bersama anak angkat di Rabbit Village. Anak blogger UmmiNani

kl-tower-mini-zoo

mini-zoo

KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Longkang Fishing

Proses Pembelajaran Mengenai Haiwan

Bukan sahaja korang boleh bawa keluarga kenali haiwan yang ada, disini juga menerapkan rasa cintakan kepada haiwan. Malah petugas disini akan berikan penerangan dan mengajar cara yang betul dalam mengendalikan haiwan yang ada. Contoh bagaimana cara pegang Arnab yang lebih bagus. Selalu kita pegang telinga arnab kan, tapi cara betul kita pegang adalah dibahagian badan dan bawah untuk menampung. Cian Arnab itu bila pegang telinga je, kalau lah boleh bercakap entah menjerit marah Arnab tu hihi (ibarat)

Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur

Menarik KL Tower Mini Zoo

Kemudahan Lain Yang Disediakan

Disini ada mini cafe yang diberi nama Jungle Cafe untuk korang rehatkan diri seketika sebelum sambung jelajah melihat haiwan yang lain. Ada juga disediakan penjualan barang cenderahati, boleh beli untuk kawan-kawan, saudara-mara dan untuk koleksi sendiri.

Menarik KL Tower Mini Zoo Di Menara Kuala Lumpur
Kedai Souvenirs / Cenderahati

Lokasi KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo ini betul-betul terletak dalam kawasan Menara Kuala Lumpur dan ianya bersebelahan main entrance Menara. Korang yang tidak tahu jalan kesini boleh sahaja waze kan Menara Kuala Lumpur. Jika dari PWTC lebih kurang 5-10 minit untuk sampai. Bagi yang menaiki pengangkutan awam korang boleh naik LRT turun di station Bukit Nanas dan perlu ambil teksi atau grabcar untuk ke Menara (jalan kaki agak berpeluh jugak lah) hihi.

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

Harga Tiket KL Tower Mini Zoo

  • Dewasa: RM32.00
  • Kanak-kanak dan warga Emas: RM27.00
  • Bagi kanak-kanak ketinggian bawah 90cm: PERCUMA

Pihak Mini Zoo juga menyediakan pakej jimat. Pakej ini khusus untuk warga negara Malaysia (MyCard) dan ianya mempunyai 2 pakej.

  1. Pakej Mini RM50.00: 1 dewasa + 1 kanak-kanak serta mendapat 1 ais krim percuma.
  2. Pakej Keluarga RM98.00: 2 dewasa + 2 kanak-kanak dan 2 ais krim percuma.
Siap dapat ais krim percuma tau, mesti budak-budak seronok. Kalau Mrsyanie pun seronok hihi..Bukan sahaja rombongan sambil belajar dari pihak sekolah amalah disini juga boleh dijalankan majlis seperti hari jadi, hari keluarga dan majlis perasmian. Menarik dan satu konsep yang unik kerana diadakan di KL Tower Mini Zoo. Waktu operasi dari hari Isnin sehingga Ahad (setiap hari) bermula jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.
Hari keluarga KBBA9 berjalan dengan lancar dan semua sangat seronok. Apatah lagi kanak-kanak yang dapat explore tentang haiwan dan habitatnya. Mrsyanie yang berdua ni pun seronok dapat meluangkan masa bersama dan dapat pelajari serba sedikit tentang haiwan yang ada. yeah ..!! Korang apa lagi cuti sekolah nak dekat, bawalah anak-anak dan keluarga ke KL Tower Mini Zoo yang terletak di Menara Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut:
KL Tower Mini Zoo
Instagram: @KLTowerMiniZoo
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *