Assalammuaaikum w.b.t

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel | Kalau korang nak tahu Negeri Pahang Darul makmur sememangnya terkenal dengan keindahan flora dan fauna yang menjadi tarikan pelancong bukan saja dari dalam negara malah dari seluruh pelusuk dunia. Kecantikan pemandangan dan air terjun yang memukau serta gunung dan kawasan tanah tinggi yang mendamai membuat negeri ini merupakan sebuah daripada khazanah bernilai buat negara kita.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands
Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

Antara kawasan pelancongan utama di negeri ini ialah Tanah Tinggi Cameron atau lebih dikenali sebagai Cameron Highland. Bilangan pelancong yang makin bertambah saban hari menyebabkan kawasan tanah tinggi ini membangun dengan pesat pada hari ini di samping mengekalkan kekayaan sumber alam semula jadinya. Kalau dulu agak sukar untuk kita cari tempat penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan, sekarang tidak lagi. Sektor pelancongan telah mengubah kawasan tanah tinggi ini menjadi tempat tarikan pengunjung yang serba lengkap. Pada hari ini, bilangan hotel di Cameron Highland tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Hampir 68 buah hotel yang disenaraikan dalam laman Traveloka tau. Rambang mata Mrsyanie nak pilih tapi nasib baik Traveloka memudahkan Mrsyanie buat pilihan mengikut bajet yang di tetapkan.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands
Pemilihan Hotel Yang Selesa dan Mengikut Bajet

Kalau dah sampai ke sini, korang boleh pilih untuk menginap di Cameron Highlands hotel atau hanya membuat day trip. Tapi bagi Mrsyanie dengan pemandangan dan cuaca yang menyamankan memang korang disarankan untuk menginap di Cameron Highland walaupun sehari. Mrsyanie dah beberapa kali ke sini, tak puas rasanya. Sesuai sangat untuk orang yang ber’honeymoon’ tau..hihi..

Yang pasti, keterujaan untuk menikmati pelbagai tempat tarikan di sini pasti akan membuat korang gembira! Berikut merupakan antara tempat-tempat menarik di sekitar Cameron Highlands Hotel yang boleh dijadikan check point korang :

  1. Pasar Kea Farm

Pasar ini terletak tidak jauh dari Pekan Brinchang dan Tringkap. Pelbagai jenis hasil dan produk tanaman tempatan yang dijual di sini pada harga yang sangat berpatutan seperti; buah-buahan, sayur-sayuran, makanan berat dan ringan, cenderahati dan macam-macam lagi. Disini korang akan jumpa pelbagai jenis sayur-sayuran yang digoreng bersama tepung. Macam Cendawan goreng tapi disini terdapat sayur goreng lain seperti Brokoli, Sawi dan macam-macam lagi dijadikan kudapan.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands

  1. Cactus Valley

Bagi korang yang menggemari tanaman kaktus, ini merupakan tempat yang wajib untuk dilawati. Terdapat pelbagai jenis kaktus di sini dengan bermacam-macam saiz, bentuk dan warna. Selain kaktus, ada juga tanaman lain seperti pokok buah epal, bunga-bungaan dan lain-lain lagi. Korang juga boleh borong kaktus untuk dibuat cenderahati sebab harganya sangat murah!

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands

Bagi yang teringin menginap di sini, tidak jauh dari kawasan ni juga terdapat beberapa Cameron Highlands resort yang best.  Cuba la usha tapi Mrsyanie teringin sangat nak menginap di Copthorne Cameron Highlands tapi jauh sedikit dari Cactus Valley, lebih kurang 10 minit perjalanan. Korang juga boleh taip lokasi yang korang nak di laman web Traveloka, contohnya kalau nak menginap di Brinchang akan keluar result pelbagai jenis hotel samada yang mahal mahupun murah mengikut bajet.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands

  1. Big Red Strawberry Farm

Kebun strawberi ini terletak bersebelahan dengan Cactus Valley di Brinchang. Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang, kebun ini menempatkan deretan barisan pokok-pokok strawberi. Tempat yang bersih ini dijaga rapi landskapnya bagi menjamin keselesaan pengunjung. Lagi satu di sini korang bolah makan pelbagai menu yang berunsurkan buah Strawberry yang super fresh lagi.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

Terdapat beberapa homestay di Cameron Highland yang berhampiran di kawasan Brinchang ini. Jadi, bagi korang yang inginkan tempat penginapan yang tak jauh dari ladang strawberry, boleh lah cari untuk pilihan homestay atau apartment yang bersesuai. Mrsyanie senang je guna website Traveloka je untuk dapatkan penginapan, tak payah pening kepala nak cari susah payah hihi. Kalau korang bercuti bersama keluarga yang ramai lebih baik ambil penginapan homestay atau apartment, memang seronok.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel
Penginapan Sesuai Bagi Keluarga Ramai

9455258_8_z-horz

  1. Ladang Teh Boh Sungai Palas

Ladang seluas kira-kira 8000 ekar ni merupakan ladang teh terbesar di Asia Tenggara. Bagi koramg yang ingin ke sini, hati-hati ketika memandu. Jalan berbukit ke ladang ini agak sempit dan bahaya lebih-lebih lagi bila hari hujan. Ladang ini juga sering dijadikan venue untuk bergambar kerana pemandangannya pokok-pokok teh yang luas terbentang ini sangat cantik lebih-lebih dalam camera! Selain bergambar, korang juga boleh menikmati teh segar berserta scone ala-ala Inggeris di sini.

lll

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

  1. Kebun Bunga Lavender

Kebun bunga ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap. Dibuka secara rasmi pada tahun 2013, di sini terdapat pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Selain pokok lavender, terdapat juga pokok bunga kamelia, pokok bunga mawar dan pokok bunga daisi di sini. Ia dibuka setiap hari dari pagi sehingga petang. Sangat cantik dipenuhi dengan warna-warna bunga yang menyejukkan pemandangan. Nak buat photoshoot pun sangat menarik disini, sangat romantik gitu.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

  1. Mossy Forest

Bagi korang yang sukakan aktiviti mencabar, boleh la cuba mendaki di Gunung Irau. Dalam perjalanan ke puncak, korang akan melalui satu kawasan hutan berlumut. Hutan jenis ini hanya terdapat di kawasan tanah tinggi. Pemandangan yang sangat cantik, awan rendah yang berarak mengikut angin dan menyelaputi hutan menyebabkan suhu di kawasan ini sungguh dingin. Keadaan seperti ini sangat sesuai untuk pertumbuhan pokok-pokok seperti lumut, pakis, tumbuhan menjalar seperti Anggur dan Orkid. Apa yang pasti, pendakian korang tidak akan membosankan dengan pemandangan yang sangat tenang dan mendamaikan ini. Mrsyanie pun teringin sangat nak mencuba daki disini. Tengok sahaja gambar pun teruja tau.

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

Tempat-tempat Menarik di Sekitar Cameron Highlands Hotel

Sebenarnya, banyak lagi tarikan pelancong kat sini. Ianya akan jadi lebih bererti kalau korang sendiri yang discover tempat-tempat tu. Bagi yang masih blur tentang trip ke tempat ni, rajin-rajin la buat research sebelum ke sana kerana ianya akan memudahkan pergerakan dan perjalanan anda di sana nanti.

Cuba usha tempat penginapan yang korang inginkan di https://www.traveloka.com/en-my/ untuk dapatkan harga bilik yang paling best! Pelbagai pilihan yang disediakan samada yang exclusive mahupun yang sederhana. Jadi korang boleh rancang percutian korang supaya mengikut bajet tetapi masih dalam keseronokkan bercuti.  Cuti sekolah dah nak dekat bolehlah korang rancang percutian bersama keluarga.  Selamat Bercuti !

*sumber gambar: google.com

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

20 Comments

  1. cameron memang best.. hehe aritu pergi tapi tak puas ..rasa nak pergi lagi . wahh best gak kan kalau mcm ni bandingkan harga yang sesuai poket . Sebab tengok kat sana ada bnyak sangat sale , hotel atau apartment tuk menginap .. kena buat mcm ni baru la senang nak pilih.

  2. Wah. Dalam banyak2 tu paling best bila dapat pergi ladang strawberry. Dapat makan strawberry yang manis2. Tp lagi best kalau berpeluang dan ada ruang ke mossy forest. Sbb xtahu pn dkt cameran wujud tmpat tu. Ni baru tahu. Tq kak yanie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *