Assalammualaikum w.b.t

Warung Kecil Tetap Penuh Pelanggan | Pelik tapi benar! Warung yang diberi nama Warung Pok Yeh sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Warungnya kecil je dan ianya terletak didalam kawasan perkampungan. Hairan jugak kerana orang sanggup datang ke warung kecil ini untuk menjamu selera. Apa lah yang memukau pelanggan untuk datang ke Warung Pok Yeh ini?

warung Mee Jawa Sungai Lembing
Mee Jawa Terkenal di Sungai Lembing

Warung Mee Jawa Sungai Lembing Memukau Pelanggan

Korang jangan fikir bukan-bukan tau, ini bukan pasal ilmu hitam lah. Dengar kata sebab keenakkan dan kesedapan Mee Jawa masakan Warung Pok Yeh lah jadi punca para pelanggan terpukau untuk datang merasainya. Ramai yang datang hanya ingin merasai Mee Jawa yang terkenal di Sungai Lembing. Sewaktu Mrsyanie berada di XCape Resort, pihak resort ada memberitahu bahawa Sungai Lembing terkenal dengan makanan Mee Jawa.

Walaupun tidak ramai yang berdarah Jawa tapi ianya sangat terkenal di kalangan penduduk dan pelancong yang datang ke Sungai Lembing. Sebelum kami balik, pihak resort telah membawa kami untuk merasai sendiri keunikkan masakan Mee Jawa disini. Mrsyanie pun tak nak lepaskan peluang untuk merasai sendiri rasa Mee Jawa Pok Yeh.

Warung Mee Jawa Pok Yeh Sungai Lembing

warung Mee Jawa Sungai Lembing
Warung Mee Jawa Sungai Lembing
warung Mee Jawa Sungai Lembing
Mee Jawa Sungai Lembing

Warung nya kecil sahaja tetapi masakan cukup besar rasanya. Mrsyanie bukan penggemar mee kuning tapi disebabkan kaki food hunter Mrsyanie redahkan juga merasai sendiri Mee Jawa Pok Yeh yang menjadi sebutan orang ramai.

Rasanya memang sangat sedap, tak puas rasanya kalau makan 1 mangkuk tau. Rasa nak bertambah je patutlah ramai yang datang walaupun ianya terletak didalam kawasan kampung.Dengan campuran kuah yang pekat, dengan kacang tumbuk dan jeruk cili memang memukau setiap pelanggan yang makan Mee Jawa. Rasa udang keringnya terasa taudan bila digandingkan dengan jeruk cili ni memang aumm..terasa nikmatnya.

warung Mee Jawa Pok Yeh Sungai Lembing
Bersama blogger KBBA9
warung Mee Jawa Sungai Lembing
Mee Bandung

Selain daripada Mee Jawa, Warung Mee Jawa Sungai Lembing juga menyediakan Mee Bandung dan pelbagai menu lain. Jangan lupa korang kena rasa Mee Jawa bila sampai ke Sungai lembing, Kuantan Pahang. Tapi jika korang ikuti pakej bersama XCape Resort, pihak resort akan menyediakan juadah buat korang. Mereka akan tempah khas untuk korang menrasai sendiri menu yang terkenal ini.

 

Untuk maklumat lanjut:

XCape Resort Sungai Lembing

No Telefon: (Ms. Fied Jeffri) +60195249999 / +60134243333
Email : fied@xcape.com.my
Website : www.xcape.com.my

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

17 Comments

    1. Rasanya tak sama dengan mee rebus atau kari.. lain rasany..kuahnya pekat dan ada rasa udang kering (ada sedikit ala-ala belacan gtu)..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *