Assalammualaikum w.b.t

Pantang Dicabar? | Mrsyanie dah lama tak makan manggi ini tapi tertarik pulak bila ramai yang sahut cabaran makan Ramen yang katanya bukan pedas tapi super pedas sangat sehingga meleleh air mata.  Mulanya terpikir juga kenapa diorang makan sampai menangis bagai, pedas sangat ke. Dan paling penting halal  ke? Yelah produk dari Korea kan, kesahihan halal nya terjamin ke? Jadi kita buatlah sedikit risikan pengesahannya tentang Ramen dari Korea ini halal atau tidak.

Spicy Korean Ramen Samyang

Banyak jugak rujukan yang Mrsyanie buat antaranya di blog Muslimtravelbug yang mengatakan ramen dari Korea yang mempunyai cop halal adalah halal untuk umat Islam. Dimana pihak pengeluar ramyeon sendiri Samyang Food CO. LTD telah mendapat kelulusan halal pada 11 November 2014 daripada KMF. Jakim Malaysia juga mengesahkan Ramyeon Samyang halal.

Bila dah konfiden apa lagi misi mencari ramen Korea lah. Akhirnya waktu Mrsyanie sarapan bersama rakan tejumpa ada cafe itu jual ramen. Agak mahal jugak jualnya RM8.00 untuk satu paket tapi sebab memang dah mencari dan nak mencuba jugak. Sambar lah sepeket, kawan Mrsyanie sambar 3 paket terus. Apa lagi kami pun teruskan misi untuk menyahut Spicy Korean Ramen Halal Challenge dengan makan tanpa minum air sehingga habis.

ramen Korea
Spicy Korean Ramen Halal Challenge

Cara penyediaan sangat mudah seperti penyediaan maggi goreng segera. Korang perlu redamkan ramen dengan air panas untuk 5-8 minit mengikut kepada kepanasan air. Korang tengok jika agak lembut boleh buangkan air panas tadi. Untuk rasa basah-basah sedikit boleh biarkan sedikit sahaja air, Mrsyanie lebih suka basah sedikit hanya dalam 2-3 sudu air sahaja. Kemudian masukkan sambal yang disediakan dalam paket ramen, gaul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan serbuk seperti rumpai laut dengan bijan. Yeeah gaulkan bagi rata dan sedia untuk dimakan dengan lazatnya.

Spicy Korean Ramen Challenge
Ramuan Ramen Korea

Spicy Korean Ramen Halal Challenge

Walaupun Mrsyanie agak ketinggalan menyahut cabaran ramen tapi tetap bersemangat Mrsyanie dan rakan buat video cabaran tau. Kami ambil cabaran jangan minum air selagi tak habis makan ramen. Berjaya ke tak kami makan dengan penuh tenang tanpa minum air, boleh tengok video diatas hihi..

Spicy Korean Ramen Halal Challenge
Spicy Korean Ramen Halal Challenge

Rasanya memang pedas, sekali masuk mulut boleh tahan lagi. Bila dah 2-3 suap memang terasa pedas betul. Bukan seperti cili api, pedas dia rasa lain sedikit. Jenis kebas bibir jadinya. Ada yang kata cili dia terasa macam cili boh pedas tapi citarasa setiap orang berbeza. Pedasnya tetap sama, memang kaw kaw pedas.

Mana nak dapat? Korang boleh juga beli secara online di mana-mana penjual di instagram atau facebook. Atau untuk mudah korang cari sendiri di Aeon Mall seluruh Malaysia dengan harga RM24.90 untuk 5 paket. Terasa nak makan lagi je, ermm.. ketagih tau makan ramen ni jika korang memang penggemar pedas. Mrsyanie kena tanamkan niat nak makan lagi sebabkan baru lepas buat rawatan. Jadi korang makan kan untuk Mrsyanie ye. hihi

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *