Assalammualaikum w.b.t
 
Tadom Hill Tempat Honeymoon Exklusif | Tak sangka di Banting, Selongor terdapat lokasi percutian honeymoon yang sangat menghairahkan. 
 
Tadom Hill Tempat Honeymoon Exclusive
Tadom Hill Tempat Honeymoon Exclusive

Tadom Hill Tempat Honeymoon Exclusive

Tadom Hill Resort terletak di Banting, Selongor. Kawasan Tadom Hill Resort dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur yang membuatkan lagi Tadom Hill Resort tempat yang sangat damai. Malah Tadom Hill Resort juga mempunyai dikelilingi oleh air Tasik yang sangat cantik dan terjaga. Ketenagan air biru tasik membuatkan lagi Tadom Hill Resort sangat sesuai dan exklusif untuk percutian berbulan madu.
 
Ia merupakan tarikan baru di Malaysia terutama bagi yang sukakan kedamaian alam semulajadi dan kehijauan tetapi masih berada dekat dengan kota. Tidak perlu bercuti jauh untuk menikmatinya. Setiap sudut pembinaan (sturktur) resort dibuat dari buluh yang membuatkan resort ini lebih exklusif dan unik. Disini juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan seperti:
  • Archery,
  • Bamboo rafting,
  • BBQ (barbeque),
  • Memancing,
  • Flying fox,
  • Mountain motorcycle,
  • Paint-ball,
  • Sumpit dan sebagainya.

 

Disini juga korang boleh melihat sendiri kehidupan dan keunikkan budaya Orang Asli. Mereka juga turut menyediakan persembahan tarian kebudayaan dari Orang Asli dan persembahan bermain api. Selain dari penginapan menarik untuk honeymoon ianya juga menyediakan pelbagai jenis penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga dan secara bersama rakan-rakan. Jom kita lihat pul penginapan yang disediakan di Tadom Hill.

  • Gendui Chalets – Sesuai untuk pasangan honeymoon

  • Bamboo Hut

  • Hammock Spheres

  • Bamboo Tents

Terdapat 2 jenis perkhidmatan yang disediakan/ ditawarkan iaitu Camp Tadom Asas (Tapak perkhemahan / asrama) dan Tadom Bamboo Village (chalet premium). Tadom Hill Resort terletak 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 45 minit ke Kuala Lumpur. Teringin pulak Mrsyanie nak pergi bercuti di Tadom Hill Resort.



Tadom Hill Resort
KAMPUNG ORANG ASLI, BUKIT TADOM,
42700 BANTING, SELANGOR.
(GPS: 2.8104925,101.6264641)
 

 

+6 03 7986 0076 / 019 690 5555

 

 
 
 
 
*sumber gambar dari facebook : https://www.facebook.com/tadomhill


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
 

You may also like

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *